Loading...

Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa'

Loading...
Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa'
link : Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa'

Baca juga


Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa'


KUANTAN: Daerah ini, khususnya di pusat bandar kembali `bernyawa' selepas kerajaan Pahang membenarkan premis perniagaan kembali beroperasi dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Dengan pertambahan jumlah kenderaan dan kebanyakan premis perniagaan sudah mula beroperasi, keadaan kembali seperti biasa berbanding dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan di pusat bandar, khususnya di Jalan Mahkota, Jalan Besar, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail dan Jalan Bukit Ubi mendapati kebanyakan premis perniagaan mula dibuka hari ini, selepas cuti hujung minggu dan cuti am sempena Nuzul al-Quran, semalam.

Antara premis perniagaan yang dibuka ialah kedai alat ganti kenderaan, pakaian, kasut, kedai emas, kedai buku dan kedai elektrik.

Rata-rata pemilik premis perniagaan juga mengutamakan SOP yang ditetapkan terutama pemakaian pelitup muka, cecair sanitasi tangan dan pemeriksaan suhu badan.

Bagi Mohd Danial Sulaiman, 25 dari Taman Tas, di sini dia memasuki bandar untuk membeli alat ganti motosikal selepas premis dibuka.

"Memang sukar untuk mendapatkan alat ganti sepanjang tempoh PKP dan sebaik kerajaan membenarkan premis perniagaan dibuka, saya dapat melakukan banyak perkara yang tertangguh sebelum ini.

"Saya harap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini tidak berlaku penularan wabak COVID-19.

"Diharapkan orang ramai khususnya warga Kuantan dapat mengikut arahan Kementerian Kesihatan supaya menjaga kesihatan dan jika tiada keperluan berurusan sebaiknya kekal di rumah," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa'

Sekianlah artikel Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/benar-operasi-ikut-sop-bandar-kuantan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benar Operasi Ikut SOP, Bandar Kuantan Kembali `Bernyawa'"

Catat Ulasan

Loading...