Loading...

Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi

Loading...
Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi
link : Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi

Baca juga


Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi


KUANTAN: Selepas 55 hari, peniaga dobi layan diri di daerah ini lega kerana dapat membuka perniagaan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Biarpun akur sumber pendapatan terjejas sepanjang tempoh itu, mereka gembira kerana dapat kembali memulakan perniagaan selepas kerajaan Pahang membenarkan premis perniagaan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi pemilik 2ULaundry di Air Putih, di sini, Sahmudin Kadir, 53, keputusan membenarkan perniagaan dobi layan diri dibuka sememangnya dinantikan.

Katanya, walaupun perlu mengikut SOP yang ditetapkan, dia tidak menghadapi masalah berbuat demikian selepas terpaksa menutup perniagaan dalam usaha menyekat penularan COVID-19.

"Sejak beberapa hari lalu saya mula menampal poster berkaitan COVID-19 dan menampal pelekat bagi penjarakan sosial satu meter seperti yang ditetapkan.

"Selain itu, saya turut membeli alat pengesan suhu dan cecair pembasmi kuma serta menyediakan sabun basuh tangan untuk memastikan pekerja dan pelanggan yang datang bebas wabak itu.

"Saya juga akur hanya dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam berbanding 8 pagi hingga 12 tengah malam," katanya.

Pemilik Sweety Laundry, Salwani Awang, 50, dari Jalan Mat Kilau, berkata pendapatannya

terjejas sepanjang tempoh PKP dan bersyukur kerana dibenarkan membuka kembali perniagaan.

"Saya akan mematuhi segala SOP yang diberikan untuk memastikan penularan COVID-19 dapat disekat," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam kenyataan berkata, premis dobi layan diri dibenarkan beroperasi dai 7 pagi hingga 7 malam.

Katanya, antara syarat yang perlu dipatuhi ialah pemilik dobi perlu menyediakan cecair pensanitasi tangan.

"Mesin basuh dan mesin pengering perlu dinyah kuman setiap kali digunakan dan menandakan tempat yang dibenarkan pelanggan berada pada sepanjang masa di dalam premis dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter.

"Pemilik dobi perlu menyediakan petugas sepanjang operasi bagi pelaksanaan dipatuhi dan juga tidak dibenarkan melipat pakaian.

"Sebarang kesalahan dan pelanggaran pematuhan pengoperasian boleh dikenakan tindakan atau hukuman mengikut salah satu daripada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau Seksyen 101(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) atau kedua-duanya sekali," kata Dr Sallehuddin. #sumber


Demikianlah Artikel Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi

Sekianlah artikel Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/pengusaha-dobi-layan-diri-lega-premis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengusaha Dobi Layan Diri Lega Premis Di Benar Beroperasi"

Catat Ulasan

Loading...