Loading...

Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Loading...
Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini
link : Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Baca juga


Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini


SHAH ALAM - Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bermakna tidak akan ada usul lain.

Perkara itu dinyatakan menerusi Notis Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas kepada ahli-ahli Dewan Rakyat hari ini.

Notis ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat itu menyatakan ketetapan berkenaan dibuat selaras dengan keadaan semasa negara yang masih belum reda sepenuhnya daripada wabak koronavirus (Covid-19).

"Dengan hormat dimaklumkan bahawa Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan Tuan Yang Dipertua pada 12 Mei 2020 di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) dan 15(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat, Dewan Rakyat supaya Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen keempat Belas yang akan bersidang pada 18 Mei 2020 jam 10 pagi hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh yang demikian dengan ini adalah diberi notis bahawa perasmian Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan diadakan pada tarikh yang telah disebut di atas bermula pada jam 10 pagi di Dewan Rakyat,"menurut notis itu.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, antara usul yang akan dibawa dalam persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini adalah perisytiharan pelantikan ketua pembangkang, pelantikan jawatankuasa pilihan (select committee) serta pengerusi dan naib pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). #sumber


Demikianlah Artikel Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini

Sekianlah artikel Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/hanya-titah-diraja-pada-sidang-dewan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hanya Titah Diraja Pada Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ini"

Catat Ulasan

Loading...