Loading...
Judul : Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada DAP
link : Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada DAP
Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada DAP
KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewanya terhadap orang Melayu yang percaya kononnya DAP akan menghancurkan bangsa mereka jika berada dalam kerajaan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, beliau mengakui orang Melayu mempunyai banyak kelemahan dan disebabkan itu mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Katanya, orang Melayu ramai yang miskin serta terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu, rasuah dan disebabkan itu penjara dipenuhi oleh banduan berbangsa Melayu.
“Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancurkan mereka?
“Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda,” katanya menerusi hantaran terbaharu dalam blognya http://chedet.cc hari ini.
Dengan mengambil contoh penjajahan British di tanah Melayu, Dr Mahathir berkata, penjajah dari negara itu dijemput untuk menasihati kita dalam bidang pentadbiran namun, seperti di lain-lain tempat, British mengambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.
Katanya, banyak lagi peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan tetapi orang Melayu boleh hancur dan mereka akan hancur apabila membenarkan penyangak jadi pemimpin.
“Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu.
“Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia,” ujarnya.
Dr Mahathir mendakwa, parti itu (UMNO) akhirnya hancur kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu.
Ahli Parlimen Langkawi juga mempersoalkan di mana datangnya bacul dalam kalangan orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP.
Katanya, beliau berasa amat malu kerana ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati mandat yang diberikan oleh rakyat.
“DAP tidak mungkin hancurkan Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin,” katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada DAP
Sekianlah artikel Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada DAP dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/tun-mahathir-kecewa-kerana-orang-melayu.html
0 Response to "Tun Mahathir Kecewa Kerana Orang Melayu Takut Pada DAP"
Catat Ulasan