Loading...
Judul : Maszlee Di Lantik Pengerusi JKuasa Penasihat MARA Corp
link : Maszlee Di Lantik Pengerusi JKuasa Penasihat MARA Corp
Maszlee Di Lantik Pengerusi JKuasa Penasihat MARA Corp
Selain ahli Parlimen Simpang Renggam itu, turut dilantik ialah Mohd Rafiq Naizamohideen, Ab Rakib Ahmad, Ahri Hashim dan Dr Shahridan Faiez.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Abd Latiff Ahmad, 7 individu lain turut dilantik sebagai ahli Majlis Mara yang baru berkuat kuasa 15 Mei ini.
Kesemua 7 yang dilantik ialah Kamal Nasharuddin Mustapha, Siti Zauyah Md Desa, Mohamed Farid Mohamed Zawawi, Jamelah Jamaluddin, Zainal Abidin Kidam, Md Alwi Che Ahmad dan Nor Azri Zulfakar.
Latiff berkata, kementerian yakin kesemua ahli Majlis Mara yang dilantik mempunyai ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas serta menjiwai semangat perjuangan dalam membangunkan sosio-ekonomi Bumiputera.
Selain ahli Majlis Mara, KPLB juga mengumumkan pelantikan pengerusi Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp), Syed Muhamad Syed Kadir.
Mara Corp yang mula beroperasi pada tahun 2016 memainkan peranan melalui subsidiari di bawahnya untuk terlibat secara aktif dalam sektor kritikal ekonomi seperti aeroangkasa, pendidikan, perkhidmatan kewangan, hartanah, pengangkutan dan peruncitan.
Melalui pelantikan dan pendekatan baru ini, kementerian yakin Mara akan terus dipacu dengan membawa aspirasi dan agenda perjuangan membangunkan sosio-ekonomi Bumiputera, katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Maszlee Di Lantik Pengerusi JKuasa Penasihat MARA Corp
Sekianlah artikel Maszlee Di Lantik Pengerusi JKuasa Penasihat MARA Corp kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Maszlee Di Lantik Pengerusi JKuasa Penasihat MARA Corp dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/maszlee-di-lantik-pengerusi-jkuasa.html
0 Response to "Maszlee Di Lantik Pengerusi JKuasa Penasihat MARA Corp"
Catat Ulasan