Loading...

Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas

Loading...
Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas
link : Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas

Baca juga


Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas


KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataannya yang didedahkan oleh Bernama Radio melalui twitternya itu, Mohamad Ariff berkata, usul Tun Dr Mahathir di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat yang dijangka bersidang 18 Mei ini.

“Selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya perlu meneliti dan memastikan segara usul yang dikemukakan hendaklah menepati serta mematuhi peruntukan peraturan-peraturan majlis mesyuarat yang sedia ada kerana pada hemat saya ia sebahagian dari keluhuran undang-undang,” kata Ariff dalam satu kenyataan yang tarikhnya adalah 9 Mei 2020, iaitu esok itu.

Namun ia kemudiannya diperbetulkan kepada 8 Mei 2020, hari ini.

Dalam kenyataan itu, Ariff menyebut beliau telah menerima usul dari tiga Ahli Parlimen iaitu Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi).

Dr Mahathir telah mengemukakan dua usul iaitu meminta Yang Dipertua Dewan yang ada dikekalkan hingga dibubarkan dan usul tidak percaya lepada Perdana Menteri.

Usul kekalkan Yang Dipertua Dewan iaitu beliau sendiri telah ditolak oleh Ariff.

Dalam kenyataannya Ariff memaklumkan, mesyuarat pada 18 Mei ini akan dimulakan dengan Istiadat Perasmian Parlimen dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong.

Ia kemudiannya akan disusuli dengan mesyuarat Dewan Rakyat yang hanya akan membincangkan Usul Urusan Kerajaan dan Rang Undang-undang.

Sebelum ini, seorang peguam Perlembagaan, Dr Zulqarnain Luqman yakin, jika Ariff menerima usul ini bermakna ia akan dibahaskan.

“Mengenali Mohamad Ariff, saya yakin jika usul ini diterima oleh beliau, bermakna ia akan dibawa ke dalam mesyuarat 18 Mei ini kerana beliau orang yang mengikut undang-undang bukan mengikut kehendak pihak-pihak tertentu,” kata Zulqarnain.

Namun begitu, Malasiakini melaporkan, jika usul dari kerajaan banyak, boleh jadi usul dari Tun Dr Mahathir ini tidak sempat dibahaskan kerana kebiasaannya Speaker akan mengutamakan urusan kerajaan. #sumber


Demikianlah Artikel Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas

Sekianlah artikel Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/speaker-sahkan-usul-tak-percaya-pm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Speaker Sahkan Usul Tak Percaya PM Diterima Untuk Dibahas"

Catat Ulasan

Loading...