Loading...

Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa

Loading...
Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa
link : Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa

Baca juga


Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa

KUANTAN - NGO Penggerak Komuniti Negara Negeri Pahang hari ini merakamkan ucapan tahniah kepada Zakaria Abdul Hamid berikutan pelantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang baharu.

Menurut Timbalan Pengerusinya, Albakri Salim berkata pelantikan Zakaria dilihat tepat pada masa apatah lagi Pengerusi Penggerak Komuniti Negara - Negeri Pahang ini memiliki kelayakan yang cukup baik iaitu berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dari California State University, Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan dan banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan.

Menurut beliau lagi, sebelum ini Zakaria merupakan Ketua Keadilan Cabang Bera telah dipecat dari Parti Keadilan Rakyat tanpa dipanggil untuk membela diri pada akhir tahun lepas.

"Oleh yang demikian, segala tohmahan yang mengatakan pelantikan Zakaria dibuat atas faktor politik adalah tidak berasas sama sekali,"

"Kami juga berpendapat gabungan di antara Zakaria bersama Dato’ Norman Abdul Halim yang juga baru dilantik sebagai Timbalan Pengerusi FINAS yang baru adalah gabungan yang mantap. Semestinya gabungan di antara Aktivis Masyarakat bersama Anak Seni ini dapat memacu halatuju FINAS ke arah yang lebih gemilang lagi," kata Albakri dalam satu kenyataan media di facebooknya hari ini.

Barisan pimpinan Penggerak Komuniti Negara Negeri Pahang turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Saifuddin Abdullah selaku Menteri Komunikasi & Multimedia kerana memberi kepercayaan kepada Zakaria menjawat jawatan tersebut. #sumber




Demikianlah Artikel Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa

Sekianlah artikel Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/pelantikan-zakaria-sebagai-pengerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelantikan Zakaria Sebagai Pengerusi FINAS, Tepat Pada Masa"

Catat Ulasan

Loading...