Loading...

PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat

Loading...
PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat
link : PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat

Baca juga


PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat


Pakatan Harapan (PH) perlu kembali kepada prinsip perjuangan asal pakatan dan memperbaiki segala kesilapan lalu supaya dapat berbakti dengan lebih baik untuk rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengerusi PH itu berkata, beliau tidak mahu PH terlalu obses dengan isu perebutan kuasa sehingga mengabaikan kebajikan rakyat.


"PH selaku kerajaan sebelum ini memulakan perubahan sistem yang jauh lebih baik dari kerajaan sebelum ini, tetapi masih ada keterbatasan dan perkara ini harus diperbaiki.


"Kita tak boleh nafi ada kelemahan sebelum ini ketika menjadi kerajaan, menangguh keputusan terhadap janji yang patut ditunaikan. Sebab itu ada segelintir rakyat yang merasakan mereka tidak diberikan pembelaan secukupnya.


"Sebab itu, kita bertekad untuk kembali ke landasan prinsip perjuangan kita sebelum ini, dan bertekad untuk buat lebih baik selepas ini," katanya menerusi akaun Facebook rasminya.


Pada masa sama, Anwar menolak tuduhan pihak tertentu yang mengatakan PH cuba menjatuhkan kerajaan PN dengan usul undi tidak percaya dan melanjutkan lagi krisis politik negara.


"Memang kita tidak senang dengan rampasan kuasa PN, juga isu pengangguran, harga barang, inflasi, agih kekayaan, bagi kuasa satu demi satu. Ini ternyata sangat buruk dan merosakkan sistem kepimpinan negara.


"Tapi kita tekad untuk buat lebih baik, kita tolak rasuah, semoga Allah memberi kekuatan, kesabaran dan kebijaksanaan kepada kita," katanya.


Anwar turut menempelak pihak yang cuba melaga-lagakannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus memecah-belahkan PH.


"Ada juga yang tuduh saya berebut kuasa dengan Mahathir, nak gulingkan Mahathir.


"Dengar audio yang tersebar dulu, baru tahu siapa yang khianat, siapa yang tak sabar, siapa sabotaj, siapa dalang, siapa sebenarnya pemain wayang kulit dalam babak terakhir," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat

Sekianlah artikel PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/ph-belajar-dari-kesilapan-tekad-buat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH Belajar Dari Kesilapan, Tekad Buat Lebih Baik Untuk Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...