Loading...

Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular

Loading...
Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular
link : Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular

Baca juga


Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular


KUALA LUMPUR – Dua hari selepas tersebarnya audio Mesyuarat Pimpinan Tertinggi (MPT) 23 Februari, hari ini tular lagi sebahagian lagi audio mesyuarat berkenaan.

Audio berdurasi 56 saat itu memaparkan bahawa dalam mesyuarat itu jelas menunjukkan bahawa terdapat suara yang dipercayai milik Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa parti itu sedang memutuskan samada keluar Pakatan Harapan (PH) atau tidak.

“La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan, satu cadangan lagi yang datang daripada saya ialah kita tunggu fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.

“Jadi saya nak tahu samada kita nak keluar sekarang ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya.

“The support from UMNO ini is for fickle that kalau bagi masa sedikit sahaja, dia nanti suka kat saya,” kata audio berkenaan.

Perkara itu disambut dengan kata-kata ‘Betul’ daripada ahli-ahli MPT dalam mesyuarat berkenaan.

Ahli-ahli MPT parti itu didapati sebulat suara ingin keluar daripada Pakatan Harapan (PH).

“Jadi tak ada kelainannya cuma ja saya pun tidak suka kepada DAP, tak suka kepada Anwar yang lain semua pun macam itu.

“Tapi semua itu soal masa sahaja, nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini.

“Kalau nak hari ini, ok hari ini…Hari ini kita keluar daripada Pakatan Harapan,” kata Mahathir sambil menerima tepukan daripada ahli-ahli MPT.

Semalam, Mahathir berkata Bersatu masih bersama PH dan mendakwa keputusan membabitkan parti itu dibuat Muhyiddin secara bersendirian.

Beliau yang mempertahankan jawatan Pengerusi Bersatu selepas tiada pencalonan lain diterima bagi jawatan itu pada pemilihan parti tidak lama lagi, juga mendakwa MPT Bersatu tidak pernah membuat keputusan keluar daripada PH.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari lalu mengumumkan Bersatu keluar PH melalui keputusan yang dibuat dalam mesyuarat khas MPT parti berkenaan sehari sebelum itu, sekali gus semua Ahli Dewan Rakyat daripada parti itu juga keluar pakatan berkenaan.

Muhyiddin juga dilaporkan berkata, keputusan terbabit dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.  #sumber

** Klik audio DI SINI


Demikianlah Artikel Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular

Sekianlah artikel Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/putuskan-keluar-ph-lagi-audio-mesyuarat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Putuskan Keluar PH, Lagi Audio Mesyuarat MPT Bersatu Tular"

Catat Ulasan

Loading...