Loading...

ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU

Loading...
ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU
link : ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU

Baca juga


ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU


KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan bahawa peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 24 Februari lalu adalah sah.

Sehubungan itu, dalam satu surat bertarikh 5 Mei dikeluarkan agensi itu, menjelaskan bahawa pemangkuan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin atas jawatan Pengerusi parti itu juga sah.

Surat itu memaklumkan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu hingga diadakan semula pemilihan Pengerusi selaras dengan perlembagaan BERSATU.

"Berdasarkan dokumen yang dikemukakan - iaitu surat peletakan jawatan Pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi BERSATU adalah sah.

"Pemangkuan jawatan Pengerusi BERSATU oleh Muhyiddin, Presiden BERSATU adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan BERSATU sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru," jelas surat itu.

Surat itu menjelaskan, Muhyiddin boleh memangku jawatan itu berdasarkan artikel 16.9 perlembagaan BERSATU yang membenarkan keputusan itu dibuat.

ROS juga memaklumkan penilaian ini dibuat berdasarkan dokumen yang diberikan oleh pihak berkaitan.

Beberapa pemimpin BERSATU sebelum ini menyatakan peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU tidak sah dan bekas Perdana Menteri itu masih menyandang jawatan itu hingga kini.

Dr Mahathir pada Februari meletakkan jawatan Pengerusi BERSATU selepas tidak berpuas hati dengan pendirian partinya yang keluar dari Pakatan Harapan. #sumber


Demikianlah Artikel ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU

Sekianlah artikel ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/05/ros-sahkan-tun-mahathir-kini-bukan-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ROS Sahkan Tun Mahathir Kini Bukan Lagi Pengerusi BERSATU"

Catat Ulasan

Loading...