Loading...

Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15

Loading...
Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15
link : Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15

Baca juga


Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15

KUALA LUMPUR - PAS menzahirkan keyakinannya bahawa parti-parti yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan  berkata kerjasama politik terutamanya bersama Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin mantap, sekali gus berjaya memperkukuhkan lagi kedudukan kerajaan PN yang menjadi “government of the day” (kerajaan semasa).

"PAS yakin parti-parti yang membentuk PN telah bersedia untuk memacu tenaga dan jentera bagi melengkapkan persiapan dan kesiapsiagaan barisan bersama termasuk memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU15 meskipun tarikhnya belum diputuskan.

"PAS akan terus sama-sama komited mendukung dan mempertahankan kedudukan PN pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin bersama barisan kabinetnya yang terdiri daripada semua parti anggota," katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin berkata PAS yakin kerjasama dan sikap toleransi semua anggota PN kini akan menguatkan lagi kedudukan kerajaan PN, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri sehingga tamat penggal.

Menurutnya kerjasama politik di antara PAS dengan BN, khususnya UMNO, dimuktamadkan melalui pemeteraian memorandum persefahaman pada 14 Sept tahun lalu, sekali gus membentuk Muafakat Nasional (MN).

"Kerjasama sehingga terbentuknya kerajaan persekutuan ekoran kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 29 Feb lalu, diikuti pemeteraian memorandum persefahaman oleh pengerusi-pengerusi dan presiden BN, Bersatu, PAS dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak secara rasminya telah membentuk PN," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15

Sekianlah artikel Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/kerjasama-pas-bn-dan-bersatu-siap-sedia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerjasama PAS, BN Dan Bersatu Siap Sedia Hadapi PRU-15"

Catat Ulasan

Loading...