Loading...
Judul : Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini
link : Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini
Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini
PEKAN - Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Mohd Nizar dilaporkan antara nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Pilhan Raya Kecil DUN N.23 Chini pada 4 Julai ini.
Desas-desus itu diperkuatkan lagi kerana beliau juga adalah merupakan Ketua Pemuda UMNO Pekan yang menang kerusi tanpa bertanding pada pemilihan UMNO lalu.
Kerusi DUN Chini kosong apabila ADUN kawasan itu, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dipercayai akibat serangan jantung.
Allahyarham menjadi ADUN Chini dalam Parlimen Pekan selama empat penggal berturut sejak Pilihanraya Umum-11 (PRU11).
Pada PRU-14 lalu, Allahyarham selaku calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dengan undi sebanyak 10,027.
Pada pertembungan itu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065).
Ramai pemerhati politik melihat anak Najib sesuai bertanding di situ bagi memberi semangat kepada anak-anak muda. Beliau dilihat cukup berkaliber dan bakal menjadi pemimpin hebat suatu hari nanti. Maka sudah tiba masanya beliau diberi kepercayaan sebagai calon.
Biar pun ada segelintir ahli akar umbi UMNO mendakwa Nizar tidak sesuai dan kurang turun padang. Malah ramai dikalangan pengundi tidak mengenali sosok tubuh beliau sebelum ini.
Mereka mahukan calon dari kalangan pemimpin setempat, iaitu dikalangan warga Felda Chini sendiri kerana mereka adalah pengundi majoriti di DUN tersebut.
Apapun, mereka harus ingat memang nama Nizar kurang popular di kalangan warga Chini namun tanpa ilham Allahyarham datuknya , Tun Razak maka warga Chini tidak mungkin berada di situ sebenarnya.
Malah, harus diingat jasa Tun Razak dan ayahanda Nizar, Najib sendiri amat besar buat warga Chini sejak sekian lama. Justeru, sekiranya Nizar menjadi calon sudah pasti ia dapat meneruskan kesinambungan Tun Razak untuk membangunkan gugusan Felda Chini pada masa akan datang. #pahangdaily
Demikianlah Artikel Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini
Sekianlah artikel Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/anak-najib-datuk-nizar-calon-sesuai.html
0 Response to "Anak Najib, Datuk Nizar Calon Sesuai Tanding PRK DUN Chini"
Catat Ulasan