Loading...

Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS

Loading...
Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS
link : Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS

Baca juga


Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS


Buat pertama kalinya BN akan bertanding dalam pilihan raya kecil atas platform Muafakat Nasional (MN) dibawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini semua PRK, Muafakat Nasional adalah pembangkang ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Ramai pemerhati politik melihat keputusan UMNO mahu kekalkan calonnya di PRK Chini adalah tidak wajar kerana BN sudah mempunya tiga wakil rakyat di bawah Parlimen Pekan iaitu di DUN Peramu Jaya, DUN Bebar dan DUN Pulau Manis. Makanya, UMNO sepatutnya berlapang dada memberi peluang kepada PAS untuk bertanding di DUN Chini. 

Lagi pun kata mereka, menang atau kalah PRK DUN Chini, langsung tidak mengubah Kerajaan Negeri Pahang. Ini kerana PN mempunyai majoriti yang besar di DUN Pahang berbanding Pakatan Harapan (PH).

Bagi pengukuhan Muafakat Nasional dan tanda terima kasih UMNO kepada PAS yang membantu memenangkan mereka dalam lima PRK terakhir sebelum inu, maka elok juga dihadiahkan kerusi Chini kepada PAS.
PAS juga membantu kempen memenangkan calon BN dari MCA di PRK Tanjung Piai sebelum ini. Jasa PAS terlalu besar untuk UMNO BN, maka sepatutnya DUN Chini berikan kepada PAS bagi membalas budi.

Bahkan di PRK Parlimen Cameron Highlands dan DUN Semenyih, PAS adalah faktor utama memberi kemenangan calon BN sebenarnya. Inilah yang perlu diketahui oleh ahli-ahli PAS akar umbi terutamanya yang akan membuang undi pada PRK DUN Chini ini.

"Sebagai tanda terima kasih dan setiakawan serta komitmen untuk menguatkan lagi Muafakat Nasional, wajar sangat Umno memberi laluan kepada PAS di Chini,” kata salah seorang pemerhati iaitu Ketua Penyelidik Ilham Centre Dr Yusri Ibrahim.

Bagaimanapun beliau menegaskan “bukan beri untuk selama-lamanya. Sekadar pinjam buat sementara sekurang kurangnya sehingga PRU15 nanti lepas itu ambillah semula”.

Maknanya jika saranan Yusri ini menjadi kenyataan dan calon PAS menang seperti yang dijangkakan, beliau akan memegang jawatan ADUN Chini selama lebih kurang tiga tahun sebelum PRU ke-15 diadakan selewat-lewatnya pada 2023.

Namun kini "nasi sudah jadi bubur", UMNO BN sudah mengambul kerusi itu untuk calon mereka dan PAS sekali lagi akan digunakan untuk bantu kemenangan atas alasan Muafakat Nasional (MN).

Yusri ada berkata sebelum ini, memang meminjamkan kerusi DUN Chini bukan perkara mudah kerana ia adalah kerusi tradisional UMNO. Begitu juga PAS yang boleh menganggap Chini kerusi tradisionalnya kerana secara tradisional bertanding di situ .

"Saya faham jika Umno agak liat atau bimbang untuk meminjamkan kerusi Chini kepada PAS. Ini kerana kadangkala (atau kerap kali?) orang yang meminjam sukar untuk membayar balik. Atau dalam lain perkataan pihak yang meminjam sukar atau tidak mahu memulangkan apa yang dipinjam," katanya. Kini semuanya sudah tidak menjadi kenyataan, PAS terima takdir bahawa mereka sekali lagi perlu bantu BN untuk menang.

Ketika Muafakat Nasional dimeterai dulu pemimpin UMNO menyifatkannya sebagai mendirikan rumah tangga atau sebuah pernikahan yang indah.

Dalam sesebuah rumah tangga yang aman dan bahagia, pasangan suami isteri mesti ada antara lain keikhlasan, kejujuran serta percaya mempercayai antara mereka .

Kita tidak mahu bercakap siapa suami, siapa isteri dalam konteks Muafakat Nasional. Tapi yang ingin ditegaskan ialah DUN Chini akan memberi peluang keemasan kepada UMNO dan PAS membuktikan keikhlasan dan kejujuran masing masing.

Mereka boleh menunjukkan sifat saling mempercayai. PAS percaya UMNO ikhlas meminjamkan kerusi Chini kepada mereka manakala UMNO pula percaya PAS juga ikhlas dan akan memulangkan kerusi itu bila tiba masanya kelak.

Tidak perlu tandatangani dokumen perjanjian. Yang perlu cuma berjabat tangan berdasarkan “gentleman’s agreement ”. Namun kata seorang teman “politik mana ada gentleman, bro”.

Dengan senario ini, ramai pemerhati melihat kemungkinan banyak undi protes yang akan diperolehi oleh calon bebas, terutamanya penyokong PAS yang kecewa dengan sikap pimpinan yang senantiasa beralah. Sepatutnya kena berani bersuara untuk pertahankan hak. Jika ini situasinya, maka mereka khuatir pada PRU-15 nanti UMNO BN sukar untuk lepaskan kerusi mereka kepada PAS untuk ditandingi. #pahangdaily


Demikianlah Artikel Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS

Sekianlah artikel Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/pemerhati-politik-muafakat-nasional-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemerhati Politik: Muafakat Nasional, DUN Chini Sepatutnya Di Hadiahkan Kepada PAS"

Catat Ulasan

Loading...