Loading...

PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat !

Loading...
PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat !
link : PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat !

Baca juga


PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat !

PEKAN - Bahang pilihanraya kecil DUN Chini kian terasa. Di sana sini orang memperkatakan soal PRK Chini, biar pun pada awalnya ramai yang melihat calon BN akan menang tanpa bertanding, selepas Pakatan Harapan (PH) mengumumkan tidak sertai PRK kali ini.

Namun, selang beberapa hari selepas itu tiba-tiba seorang aktivis bebas di Pahang iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli atau dikenali juga sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) menawarkan diri untuk bertanding melawan BN pada PRK Chini.

Keputusan beliau cukup mengejutkan ketika semua pihak menyangka BN akan menang tanpa bertanding pada hari pencalonan 20 Jun ini. Malah ramai pemerhati politik menganggap beliau mencari nahas dan bakal hilang deposit sekiranya berlawan dengan BN.

Ada juga pemimpin UMNO yang memperlekehkan beliau kerana keputusannya itu. Setiausaha Agong UMNO, Datuk Ahmad Maslan sendiri mahu beliau berfikir sepuluh kali sebelum buat keputusan untuk bertanding PRK DUN Chini.

Ada pula yang beranggapan, calon bebas sepatutnya tidak bertanding kerana situasi Covid-19 masih belum reda sepenuhnya pada waktu ini. Mereka khuatir, dan keselamatan rakyat DUN Chini perlulah diutamakan.

Apa pun BN pasti mahu kedudukan yang selesa dengan majoriti undi yang lebih besar biar pun berhadapan dengan calon bebas. Di fahamkan, mungkin ada beberapa orang lagi calon bebas yang akan sertai PRK ini sebenarnya. Namun, calon lain tidak sepopular CMK yang menggelarkan teamnya sebagai "Bebas Pro Rakyat".

Harus diingat, CMK adalah satu-satunya orang kuat PKR Pahang yang undur diri dari parti sejak 2011 dan hingga ke hari ini tidak menyertai mana-mana parti politik. Beliau bergerak sebagai aktivis bebas dan banyak mengangkat serta menyesaikan masalah rakyat biar pun bukanlah seroang pemimpin parti.

Kerja sukarelawan yang beliau lakukan ini mendapat sokongan ramai pihak termasuk pemimpin politik sendiri. Malah ketika ini nama beliau sedang panas di media sosial dalam isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).  Malah, gara-gara membongkarkan premis warga asing di Kuantan, pihak PBT telah membuat laporan polis terhadapnya.

Justeru, keputusan beliau untuk bertanding di PRK DUN Chini dilihat tamparan hebat untuk BN sebenarnya, walau pun ada calon bebas yang lain. Ini kerana populariti CMK sedang melonjak sekarang. Malah, awal-awal lagi beliau sudah menggariskan beberapa isu untuk diangkat di PRK DUN Chini. Isu besar yang selama ini gagal diselesaikan oleh BN sendiri sejak sekian lama. 

BN harus berwaspada dengan calon bebas pro-rakyat ini kerana ada laporan beliau mungkin boleh membawa lari ribuan undi berdasarkan isu dan popularitinya ketika ini. Malah, ramai penduduk Chini mendakwa siapa saja calon BN mereka tidak akan berani membawa isu yang diperjuangkan oleh CMK ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang. 

Ini kerana yang terlibat dengan isu itu adalah dikalangan pimpinan setempat sendiri yang rapat dengan kepimpinan parti.  Maka susah untuk ditegur dan diperbetulkan.

Hari penamaan calon pada 20 Jun kini semakin hampir. Semua pihak kini tertumpu untuk melihat apakah ada pertandingan atau sebaliknya. Semuanya dapat disaksikan sebelum waktu penghantaran borang pencalonan ditutup.  Selagi belum tiba waktu itu pasti semua pihak berdebar-debar.

Kerusi DUN Chini kosong apabila wakilnya Datuk Sri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 6 Mei lalu. Chini memang kubu kuat BN. Pada PRU-14 lalu, Allahyarham Abu Bakar mewakli BN mengenepikan cabaran PAS dan PH untuk mempertahankan kerusi DUN N.23 Chini dengan majoriti 4,622 undi.

Ramai pemerhati politik melihat calon bebas (CMK) boleh menggugat kepercayaan rakyat terhadap BN, biar pun kini berbagai projek mula dibawa ke situ. Menurut CMK, beliau ada beberapa isu yang boleh membuatkan rakyat DUN Chini buka mata. "Boleh menggugat biar pun tak hebat" katanya. #pahangdaily



Demikianlah Artikel PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat !

Sekianlah artikel PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/prk-chini-calon-bebas-boleh-menggugat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PRK Chini: Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat !"

Catat Ulasan

Loading...