Loading...

Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud

Loading...
Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud
link : Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud

Baca juga


Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud

KUANTAN - Dua individu membuat laporan polis semalam mendakwa menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud membabitkan nilai kerugian keseluruhan lebih RM27,000.

Mangsa berusia 28 dan 29 tahun membuat pelaburan selepas tertarik dengan iklan di laman sosial Facebook namun rasa tertipu selepas gagal menerima keuntungan lumayan yang dijanjikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir berkata, salah seorang mangsa merupakan pengurus projek berusia 28 tahun kerugian RM24,180 selepas menyertai pelaburan di luar negara yang diperkenalkan dua kenalan Facebook pada Mac dan Mei lalu.

Menurutnya, mangsa membuat lapan kali pelaburan melalui dua kenalan Facebook tersebut dan pembayaran semua wang pelaburannya dibuat melalui akaun bank atas nama syarikat yang sama.

"Mangsa syak telah ditipu apabila sehingga laporan polis dibuat semalam, wang keuntungan gagal diterima seperti yang dijanjikan," katanya.

Sementara itu, pekerja sebuah syarikat pengangkutan turut menerima nasib sama apabila kerugian RM3,618 apabila menjadi mangsa skim pelaburan tidak wujud.

Mohd Wazir berkata, mangsa berusia 29 tahun itu ditawarkan empat pelan pelaburan melalui sebuah syarikat dan dia memilih dua daripada pelan tersebut berharga RM500 dan RM1,500.

"Mangsa dijanjikan keuntungan berjumlah RM18,700 melalui dua pelan pelaburan yang disertai itu dalam tempoh dua hari.

"Selepas membuat bayaran RM3,618 ke akaun bank atas nama seorang lelaki pada 9 Julai lalu, mangsa syak telah ditipu apabila dia gagal menerima wang keuntungan dalam tempoh dijanjikan," katanya.

Beliau berkata, dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Pihak polis akan melakukan semakan terhadap akaun bank dan nombor telefon yang digunakan dalam kes ini bagi mengesan suspek terlibat," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud

Sekianlah artikel Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/dua-individu-lapor-polis-dakwa-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Dua Individu Lapor Polis Dakwa Jadi Mangsa Skim Pelaburan Tidak Wujud"

Catat Ulasan

Loading...