Loading...

Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini

Loading...
Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini
link : Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini

Baca juga


Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini


KUANTAN - Tiada pelajar di Pahang dilaporkan dijangkiti wabak koronovirus (Covid-19) sejak sesi persekolahan bermula 15 Julai lalu sehingga hari ini.

Pengarah Pendidikan Pahang, Zaimi Abu Bakar berkata, semua pelajar di negeri ini berada dalam keadaan sihat dan selamat untuk meneruskan sesi persekolahan.

"Kita berdoa supaya tidak timbul isu ini (pelajar dijangkiti Covid-19) dan kita harapkan pelajar dapat belajar dengan tenteram dan selamat.


"Jadi, sebab itu kita meminta pihak sekolah mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan dan pemantauan pembukaan sesi persekolahan bagi murid Tahun Satu hingga Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Talam di sini hari ini.


Zaimi meminta seorang murid Tahun Satu menunjukkan cara mencuci tangan dengan betul pada sesi lawatan di SK Sungai Talam hari ini.
Hadir sama, Guru Besar SK Sungai Talam, Normah Seliman.

Zaimi berkata, menerusi pemantauan SOP dilakukan, pihak sekolah termasuk guru, pelajar dan kakitangan mengamalkan penjarakkan sosial, mengambil suhu di pagar sekolah dan menggunakan pencuci pembasmi kuman serta kerap mencuci tangan.

Ditanya mengenai kewajipan pelajar memakai pelitup muka, Zaimi berkata, pihaknya menggalakkan pelajar berbuat demikian untuk menjaga keselamatan diri.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya ada pelajar yang bergelaja, berpenyakit dan mempunyai imunisasi rendah diwajibkan memakai pelitup muka.

"Kalau ada pelajar yang batuk, selesema dan ada penyakit kena pakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini

Sekianlah artikel Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/pengarah-pendidikan-pahang-tiada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengarah Pendidikan Pahang: Tiada Pelajar Di Jangkiti Covid-19 Di Negeri Ini"

Catat Ulasan

Loading...