Loading...
Judul : Wang RM835,258.19 Disita Daripada MCA Pahang Kini Milik Kerajaan
link : Wang RM835,258.19 Disita Daripada MCA Pahang Kini Milik Kerajaan
Wang RM835,258.19 Disita Daripada MCA Pahang Kini Milik Kerajaan
KUALA LUMPUR - Wang berjumlah RM835,258.19 yang disita darripada MCA Pahang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kini menjadi milik kerajaan.
Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin yang membenarkan permohonan SPRM selaku pemohon untuk melucut hak ke atas wang berkenaan daripada MCA Pahang selaku responden.
Dalam penghakiman ringkas, Muhammad Jamil berkata pemohon telah berjaya membuktikan wang tersebut disita daripada MCA Pahang adalah hasil daripada aktiviti haram.
Katanya, responden menerusi afidavit, tidak pernah menafikan fakta bahawa mereka telah menerima pembayaran bernilai RM3 juta melalui cek daripada Datuk Seri Najib Tun Razak, namun mendakwa wang itu telah habis dibelanjakan.
"Responden dalam afidavit mereka menyatakan bahawa wang RM835,258.19 adalah wang derma dari sumber lain," katanya.
Hakim itu berkata bagaimanapun responden tidak mengemukakan apa-apa penyata akaun bank yang boleh menunjukkan wang RM835,258.19 daripada derma lain yang diterimanya.
Katanya, laporan kewangan responden juga dalam bahasa Cina dan mahkamah tidak memahami kandungannya selain tiada penyata akaun bank dikemukakan kepada mahkamah.
Muhammad Jamil berkata mahkamah juga bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa jumlah RM835,258.19 adalah baki dari wang RM3 juta.
" Oleh itu mahkamah mendapati wang RM3 juta yang dibayar oleh Najib kepada responden adalah berkaitan dengan kesalahan di bawah hasil aktiviti haram mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan di bawah kesalahan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM.
Atas imbangan kebarangkalian pemohon telah berjaya membuktikan wang RM835,258.19 yang disita daripada MCA Pahang adalah hasil daripada aktiviti haram," katanya.
Seksyen 23 adalah kesalahan menggunakan kedudukan atau jawatan bagi mendapatkan suapan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Farah Yasmin Salleh manakala MCA Pahang diwakili peguam Datuk Ben Chan dan Ken Low Hai Liang. #sumber
Demikianlah Artikel Wang RM835,258.19 Disita Daripada MCA Pahang Kini Milik Kerajaan
Sekianlah artikel Wang RM835,258.19 Disita Daripada MCA Pahang Kini Milik Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Wang RM835,258.19 Disita Daripada MCA Pahang Kini Milik Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/wang-rm83525819-disita-daripada-mca.html
0 Response to "Wang RM835,258.19 Disita Daripada MCA Pahang Kini Milik Kerajaan"
Catat Ulasan