Judul : Covid-19: Polis Kuantan Cadang Mengehadkan Jumlah Pengunjung Di Pantai Teluk Cempedak
link : Covid-19: Polis Kuantan Cadang Mengehadkan Jumlah Pengunjung Di Pantai Teluk Cempedak
Covid-19: Polis Kuantan Cadang Mengehadkan Jumlah Pengunjung Di Pantai Teluk Cempedak
KUANTAN: Polis di bandar ini melihat wujud keperluan untuk mengehadkan jumlah pengunjung ke pantai peranginan Teluk Cempedak, di sini dalam usaha mengawal penularan semula wabak COVID-19.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).
Katanya, langkah itu juga bertujuan untuk menyekat jumlah pengunjung yang terlalu ramai berada di pantai peranginan itu pada satu-satu masa.
"Polis mendapati terlalu ramai orang berada di pantai peranginan itu, bukan saja pengunjung tempatan, malah dari luar Pahang.
"Walaupun kita dapati keseluruhan pengunjung mematuhi arahan pemakaian pelitup muka yang berkuatkuasa 1 Ogos tetapi aspek penjarakan fizikal tidak diberi perhatian.
"Oleh itu, kita akan berbincang dengan MPK untuk mengehadkan jumlah pengunjung bagi memastikan semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya kepada media, hari ini.
Mohamad Noor berkata, pihaknya juga akan meneruskan pemeriksaan untuk memastikan pelaksanaan kewajipan memakai pelitup muka dilakukan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat mematuhi SOP yang ditetapkan dan yang paling utama ialah penjarakan fizikal untuk keselamatan.
"Lokasi tumpuan orang ramai termasuk pasar tani dan pasar malam turut diberi perhatian dan diharapkan garis panduan yang ditetapkan PBT dipatuhi terutama peniaga," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Polis Kuantan Cadang Mengehadkan Jumlah Pengunjung Di Pantai Teluk Cempedak
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Polis Kuantan Cadang Mengehadkan Jumlah Pengunjung Di Pantai Teluk Cempedak dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/covid-19-polis-kuantan-cadang.html
0 Response to "Covid-19: Polis Kuantan Cadang Mengehadkan Jumlah Pengunjung Di Pantai Teluk Cempedak"
Catat Ulasan