Loading...
Judul : Pelitup Muka: NGO Dakwa Kompaun RM1,000 Terlalu Drastik !
link : Pelitup Muka: NGO Dakwa Kompaun RM1,000 Terlalu Drastik !
Pelitup Muka: NGO Dakwa Kompaun RM1,000 Terlalu Drastik !
KUANTAN: Tindakan kompaun RM1,000 terhadap individu yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam dianggap terlalu drastik oleh Pertubuhan Kebajikan Kemanusiaan Antarabangsa (Peka).
Presidennya, Datuk Seri Zuhairi Ab Kadir berkata, kerajaan seharusnya memberikan amaran keras terlebih dahulu kepada mana-mana individu yang ingkar dengan arahan tersebut.
Selepas diberikan amaran katanya, kerajaan boleh menyediakan satu pangkalan data yang mana untuk direkodkan nama-nama individu berkenaan.
"Jika individu terbabit didapati ingkar buat kali kedua selepas nama mereka ada dalam pangkalan data itu, tindakan kompaun adalah wajar bagi memberikan pengajaran kepada mereka.
"Terus kompaun adalah tidak adil terutama kepada individu yang kurang berpendapatan, sudahlah terbeban ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kena bayar pula kompaun RM1,000," katanya di sini hari ini.
Pemakaian pelitup muka diwajibkan bermula semalam di kawasan sesak seperti pengangkutan awam serta tempat-tempat awam.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dibuat melihat kepada kadar peningkatan kes yang mula kembali meningkat selain pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) semakin berkurangan.
Zuhairi berkata, Peka beranggapan, jika pemantaun tindakan kompaun berkenaan hendak dilaksanakan, biarlah ia benar-benar ditempat awam yang mempunyai jumlah orang yang ramai.
"Jika di tempat awam yang tiada orang pun pihak berkuasa hendak saman, apa sebenanrnya yang ingin dikejar oleh mereka?," soalnya.
Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mempertimbangkan cadangan Peka itu supaya ia tidak membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.
"Lagi satu tidak salah kita beri muka sedikit pada rakyat negara ini, orang asing boleh pula kita beri muka, kenapa tidak rakyat sendiri," katanya. #PDO
Demikianlah Artikel Pelitup Muka: NGO Dakwa Kompaun RM1,000 Terlalu Drastik !
Sekianlah artikel Pelitup Muka: NGO Dakwa Kompaun RM1,000 Terlalu Drastik ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelitup Muka: NGO Dakwa Kompaun RM1,000 Terlalu Drastik ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/pelitup-muka-ngo-dakwa-kompaun-rm1000.html

0 Response to "Pelitup Muka: NGO Dakwa Kompaun RM1,000 Terlalu Drastik !"
Catat Ulasan