Loading...

COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

Loading...
COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini
link : COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

Baca juga


COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

 

KUALA LUMPUR -- Selepas merekodkan satu kematian semalam, COVID-19 meragut satu lagi nyawa hari ini, menjadikan jumlah kematian dalam negara akibat pandemik meningkat kepada 127 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kematian terbaharu itu melibatkan lelaki warganegara berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis serta darah tinggi.

“Beliau merupakan salah satu kes positif yang telah dilaporkan pada 13 Ogos lepas dalam kluster Tawar. Beliau mula mengalami gejala batuk sejak 11 Ogos dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 13 Ogos setelah didapati positif COVID-19.

“Keadaan kesihatan beliau merosot dan memerlukan bantuan pernafasan sejak 19 Ogos. Beliau disahkan meninggal dunia pada 30 Ogos, pukul 10.35 malam. Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata enam kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes positif di Malaysia adalah sebanyak 9,340 kes.

Daripada enam kes baharu yang dilaporkan, empat kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara iaitu Singapura, melibatkan dua warganegara dan dua bukan warganegara yang dilaporkan di Selangor.

Sementara dua kes lagi melibatkan penularan di dalam negara membabitkan warganegara dari Kedah iaitu satu kes daripada kluster Tawar dan satu kes daripada kluster Telaga.

“KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini menjadikan kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,054 kes.

“Sementara itu, terdapat enam kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini

Sekianlah artikel COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/covid-19-satu-lagi-kematian-dan-enam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "COVID-19: Satu Lagi Kematian Dan Enam Kes Baharu Di Catatkan Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...