Loading...

Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar !

Loading...
Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar !
link : Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar !

Baca juga


Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar !

 

GUA MUSANG - Muafakat Nasional (MN) sepatutnya diperkukuhkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) namun hala tujunya ketika ini masih tidak jelas, kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, MN yang dibentuk oleh UMNO dan Pas kini bagaikan hilang arah tuju sebenar sebagai sebuah pakatan Melayu Islam.

Beliau berkata, pelawaan pihak yang bertanggungjawab dalam MN meminta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjadi anggota juga bercanggah dengan tujuan asal gabungan itu.

“Saya tidak kritik sesiapa dan hanya bagi pandangan. Kelirulah… Kalau saya keliru, orang bawah macam mana? Kita nak hadapi pilihan raya mesti jelas.

“Orang bawah bosan, keliru dan rasa sesuatu tak kena. Kalau ada orang syok sangat kepada Bersatu, dia masuk Bersatulah. Tak ada siapa nak halang. Biar dia pertahankan Bersatu itu dia punya hal.

“Tetapi kita nak jaga apa yang diberitahu kepada rakyat mesti perkara yang nak dilaksanakan oleh kita. Jangan cakap lain, bikin lain,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bukit Cekati di sini hari ini.

Jumaat lalu, beliau dilaporkan berkata, pemimpin UMNO yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewajarnya berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan berikutan pengumuman Bersatu untuk menerima keahlian bukan Melayu.

Beliau berkata, tindakan Bersatu itu menjadikannya tidak layak menganggotai pakatan Melayu Islam yang didokong MN.

Sementara itu, Tengku Razaleigh berkata, kenyataannya sebelum ini yang meminta ahli UMNO dalam Kabinet PN segera berundur daripada jawatan masing-masing adalah pandangan peribadinya.

Katanya, beliau tidak berniat untuk mengkritik mana-mana pemimpin atau parti lain tetapi hanya memberi pandangan dalam keadaan situasi politik yang berlaku ketika ini.

“Parti kita kata sudah tidak menyertai kerajaan PN tetapi ahli-ahli UMNO masih duduk dalam Kabinet yang ditubuh oleh kerajaan. Ini semuanya menimbulkan kekeliruan.

“Kalau pemimpin tak setuju pandangan saya dia punya hal lah. Saya hanya bagi pandangan. Nak dengar, dengarlah… tak nak dengar sudah,” katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar !

Sekianlah artikel Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/ku-li-menjelang-pru-15-muafakat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ku Li: Menjelang PRU-15, Muafakat Nasional Bagaikan Hilang Arah Tuju Sebenar !"

Catat Ulasan

Loading...