Loading...

Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai

Loading...
Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai
link : Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai

Baca juga


Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai

 

PETALING JAYA: Lebih 50% pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang sudah dibuat.

Memetik laporan Sinar Harian Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, setakat ini pembahagian di beberapa negeri sudah selesai dan bakinya akan dibuat secara berperingkat.

“Kita tidak ada tarikh lagi (bila akan selesai), kita tetapkan peringkat demi peringkat dan kini prosesnya sudah lebih 50%.

“Calon dan kawasan belum pasti kerana kita mahu pastikan akan menang seberapa banyak kerusi,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, PN yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), PPBM dan PAS bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika ia diadakan secara mengejut pada bila-bila masa.

Beliau berkata, bagi meneguhkan kerajaan PN mandat harus diberikan secara langsung kepada rakyat dan Muhyiddin Yassin dipilih sebagai calon perdana menteri berdasarkan prestasi, kaji selidik serta tindak balas rakyat.

“Kita bersedia (hadapi PRU) bila-bila masa. Perlu mendapat mandat secara langsung daripada rakyat, sekarang ini kita dapat mandat daripada wakil rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Marang itu berkata penggunaan logo parti pada PRU15 belum dibincangkan dan ia akan ditetapkan selepas mendapat persetujuan PN berdasarkan Muafakat Nasional.

Sebelum ini, Pemuda UMNO mencadangkan logo BN digunakan sebagai lambang rasmi pada pilihan raya umum akan datang.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan itu turut dipanjangkan kepada parti yang bukan komponen BN secara rasmi iaitu PAS dan PPBM. #sumber



Demikianlah Artikel Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai

Sekianlah artikel Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/hadi-awang-lebih-50-agihan-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi Awang: Lebih 50% Agihan Kerusi Antara Perikatan Nasional (PN) Sudah Selesai"

Catat Ulasan

Loading...