Loading...

Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000

Loading...
Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000
link : Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000

Baca juga


Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000

 

ALOR SETAR - Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, dipenjara lima bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah tidak mematuhi perintah pengawasan dan pemerhatian pada bulan lalu.

Tertuduh, Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, membuat pengakuan bersalah selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa meninggalkan premis ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian apabila berada di Bank Rakyat Jitra pada jam 4.40 petang dan berada di Agro Bank Jitra pada jam 3.58 petang, 14 Julai 2020.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat pula, tertuduh didapati berada di Pusat Khidmat Hasil Kubang Pasu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada jam 3.35 petang dan berada di Public Bank Jitra pada jam 3 petang, tarikh sama.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Zabidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam dalam proses pertuduhan yang dilakukan di Wad I, Hospital Alor Setar.

Mohd Hadi kemudian mendapati tertuduh bersalah atas semua pertuduhan dan didenda RM3,000 dan penjara lima bulan bagi setiap kesalahan dilakukan dengan hukuman penjara berjalan serentak.

Bagaimanapun, hukuman penjara tidak dapat berjalan lagi berikutan tertuduh masih dalam proses pemantauan di Hospital Alor Setar.

Media sebelum ini, melaporkan pengusaha kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh, Jitra, ditahan polis pada 23 Julai lalu, kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas pulang dari India pada 13 Julai lalu.

Lelaki terbabit yang berstatus penduduk tetap dikesan orang ramai memakai gelang merah jambu berada di kedainya ketika diwajibkan menjalani perintah kuarantin 14 hari.

Akibat dari perbuatannya itu, sekurang-kurangnya 45 individu didapati positif COVID-19 membabitkan kes di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di bawah Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga. #sumber



Demikianlah Artikel Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000

Sekianlah artikel Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/pencetus-kluster-pui-sivagangga-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pencetus Kluster PUI Sivagangga Di Penjara Lima Bulan, Denda RM12,000"

Catat Ulasan

Loading...