Loading...

Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme

Loading...
Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme
link : Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme

Baca juga


Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme

 

KUALA LUMPUR  -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sebarang elemen gengsterisme, termasuk tindakan mereka yang mengugut mana-mana pemberi maklumat berkaitan kes jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata demikian semasa merujuk kejadian pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mendakwa beliau diugut gengster susulan pembongkarannya mengenai aktiviti perjudian di Sungai Buloh, baru-baru ini.

“Saya tidak boleh terima elemen gengsterisme yang berlaku kepada dia (Mohd Asri) atau sesiapa sahaja yang berkongsi maklumat mengenai kegiatan jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan di Bukit Aman, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kenyataan Mohd Asri bahawa beliau dihubungi oleh individu mengaku ‘ayahanda’ yang tidak berpuas hati dengan perbuatannya mendedahkan kegiatan judi di Sungai Buloh, yang tular di media sosial.

Pada majlis itu, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Shukri Abdullah dilantik memangku jawatan sebagai pengarah, selepas Datuk Seri Rosli Ab Rahman bersara wajib hari ini.

Sementara itu merujuk kepada Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor yang dijangka bersara tidak lama lagi, Hamid berkata calon penggantinya akan diputuskan kerajaan nanti.

“Sebenarnya beliau (Mazlan), dari awal bulan ini sudah pun membuat persediaan dan bersedia dengan apa juga keputusan kerajaan, tetapi untuk persaraan memang dia sudah bersedia. Beliau adalah seorang peguam yang belajar di England, dan mempunyai pengalaman yang lama dalam Jabatan Siasatan Jenayah di Bukit Aman dan juga pernah berkhidmat di peringkat bawah daerah, negeri,” katanya.

Bernama difahamkan PDRM akan mengadakan Majlis Serah Terima Tugas bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara di Bukit Aman esok.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Mazlan yang dijadual menamatkan perkhidmatan pada 14 Ogos ini. #sumber



Demikianlah Artikel Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme

Sekianlah artikel Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/hamid-bador-tiada-kompromi-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hamid Bador: Tiada Kompromi Dengan Sebarang Elemen Gengsterisme"

Catat Ulasan

Loading...