Loading...

Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan

Loading...
Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan
link : Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan

Baca juga


Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan

 

KUALA LUMPUR -- Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan dakwaan yang dibuat oleh pemilik portal Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut bahawa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menjaga solat sebagai keterlaluan.

Beliau juga berkata isu itu tidak sepatutnya dibangkitkan dalam khalayak ramai.

“Ini (solat) soal kita dengan Tuhan dan PDRM tidak pernah ketepikan … didikan moral dan agama sentiasa disemarakkan dalam pasukan.

“Orang kena tahu yang PDRM juga ada hafiz dan setiap Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara mempunyai surau,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya telah menyediakan prasarana dan sentiasa memberi ruang untuk setiap pegawai dan anggota melaksanakan kewajipan masing-masing.

“Saya tidak boleh paksa semua orang sembahyang ... itu antara diri masing-masing dengan Tuhan,” katanya.

Menurut Abdul, setiap calon konstabel dan pegawai bagi pengambilan baharu juga diwajibkan menjalani ujian agama.

“Ini telah lama dilakukan dan ujian kefahaman asas agama kepada calon agama Islam ini membolehkan PDRM nilai siapa yang layak untuk menjadi anggota polis.

“Dalam Rukun Negara juga jelas mengatakan yang asasnya adalah kepercayaan kepada Tuhan. Pucuk pimpinan tidak mahu orang berisiko diberi kuasa,” katanya.

Semalam, satu klip video berdurasi 31 saat memaparkan Asri Janggut, 42, dalam satu sidang media mendakwa anggota polis serta tentera tidak menjaga solat. #sumber



Demikianlah Artikel Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan

Sekianlah artikel Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/ketua-polis-negara-dakwaan-polis-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ketua Polis Negara: Dakwaan Polis Tidak Jaga Solat Keterlaluan"

Catat Ulasan

Loading...