Judul : Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke RM10,000 Jika Ingkar Akta 342
link : Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke RM10,000 Jika Ingkar Akta 342
Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke RM10,000 Jika Ingkar Akta 342
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan kompaun mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka yang dipinda itu telah dikemukakan kepada Parlimen baru-baru ini dan akan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.
"Akta itu digubal pada tahun 1988 dan kadar RM1,000 itu adalah munasabah pada ketika itu tetapi sekarang kita perlu menyemaknya semula. Maka saya serahkan kepada Parlimen untuk membuat keputusan," katanya semasa dialog khas bertajuk, 'COVID-19: Perjalanan Malaysia Ke Arah Melandaikan Keluk' sempena Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 di sini hari ini.
Pada majlis itu, Dr Noor Hisham menerima pengiktirafan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.
Walaupun Dr Noor Hisham menerima beberapa pengiktirafan terhadap sumbangannya memerangi COVID-19, beliau mengatakan penghargaan itu tidak harus diberikan kepadanya seorang sebaliknya kepada seluruh pasukan terutama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Satu orang tidak boleh membuat kelainan. Jika anda mahu memberi penghargaan, berikan kepada perdana menteri kerana beliau yang membuat keputusan, saya hanya menasihatkan beliau," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai teleperubatan, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia masih ketinggalan dari segi persediaan untuk sistem penjagaan kesihatan digital.
"Hanya ketika krisis, kami memperkenalkan MySejahtera dan semua perisian, tidak sebelum pandemik. Sehubungan itu, saya berharap akan datang kita menyiapkan semua pendekatan teleperubatan atau teknologi maklumat sebelum pandemik atau jangkitan.
"Saya berharap inovasi teleperubatan harus dibuat sebelum pandemik. Saya ingin melihat pendekatan proaktif dan bukannya reaktif," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke RM10,000 Jika Ingkar Akta 342
Anda sekarang membaca artikel Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke RM10,000 Jika Ingkar Akta 342 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/kementerian-kesihatan-cadang-kompaun-di.html
0 Response to "Kementerian Kesihatan Cadang Kompaun Di Naikkan Ke RM10,000 Jika Ingkar Akta 342"
Catat Ulasan