Judul : Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa, Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar
link : Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa, Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar
Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa, Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar
KUALA LUMPUR: Kerajaan masih lagi melaksanakan peraturan larangan merokok di kedai makan dan restoran terbuka termasuk menggiatkan aspek penguatkuasaannya.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata sehubungan itu orang ramai diminta memainkan peranan dengan melaporkan kepada anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan jika melihat adanya individu yang melanggar peraturan terbabit.
Beliau katanya, pihak penguat kuasa masih aktif turun padang jika mendapat aduan daripada orang ramai berhubung kegiatan merokok itu khususnya di dalam kedai makan secara terbuka.
"Peraturan ini ia masih diteruskan dan kita akan ambil tindakan sewajarnya untuk mengingatkan rakyat yang mungkin lupa terhadap larangan itu.
"Jika ada individu yang melanggar larangan itu, lapor terus kepada kementerian... jika ada aduan, memang kita akan turun padang untuk mengambil tindakan.
"Penguatkuasaan ada lagi sampai sekarang, seperti kes COVID-19 kalau dia langgar (larangan kuarantin) dan kena tangkap baharulah mereka kelam kabut...samalah dengan penguatkuasaan larangan merokok, "katanya ketika dihubungi.
Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan peraturan larangan merokok itu yang diwarta mengikut Peraturan 11, Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, bermula Januari lalu.
Berdasarkan peraturan itu, mana-mana individu yang melanggarnya boleh di denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Bagi pengusaha kedai makan dan restoran yang gagal mematuhi peraturan itu pula boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Pada masa sama, Dr Noor Azmi berkata, bagaimanapun berdasarkan peraturan dikuatkuasakan kerajaan sebelum ini, tindakan amaran akan diberikan kepada golongan itu dalam tempoh setahun ini.
Beliau berkata, melalui peraturan itu kerajaan komited untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang tidak merokok apatah lagi Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang mendapati 21.3 peratus rakyat Malaysia merokok.
"Apa yang penting ialah rakyat juga harus berdisiplin dengan mematuhi peraturan ini..ini yang menjadi masalah kita kerana wujudnya segelintir mereka yang tidak mahu berdisiplin, sekali gus membahayakan orang lain.
"Peraturan ini bukan untuk menyeksakan namun untuk menyelamatkan nyawa, larangan ini bagus untuk mengelakkan penyakit disebabkan asap rokok lagi-lagi dengan masalah vape yang menjadi kegemaran anak muda sekarang, " katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa, Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar
Anda sekarang membaca artikel Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa, Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/larangan-merokok-di-kedai-makan-masih.html
0 Response to "Larangan Merokok Di Kedai Makan Masih Di Kuatkuasa, Sila Lapor Jika Ada Yang Langgar"
Catat Ulasan