Judul : Keputusan PKPP Di Sambung Atau Pun Tidak, Tunggu Pengumuman PM Minggu Ini
link : Keputusan PKPP Di Sambung Atau Pun Tidak, Tunggu Pengumuman PM Minggu Ini
Keputusan PKPP Di Sambung Atau Pun Tidak, Tunggu Pengumuman PM Minggu Ini
PUTRAJAYA - Keputusan sama ada kerajaan akan menamatkan atau melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bakal diketahui minggu ini.
"Pengumuman itu akan dibuat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kemungkinannya minggu ini, kerana pengumuman biasanya dibuat seminggu sebelumnya. Oleh itu, mari kita tunggu dengan sabar," kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media pada Selasa.
PKPP dijadualkan tamat pada 31 Ogos ini.
Beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan agar kerajaan melanjutkan PKPP susulan jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengatakan wabak Covid-19 akan berlarutan dalam tempoh tidak kurang dari dua tahun.
PKPP berkuatkuasa pada 10 Jun lalu bagi menggantikan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sebelumnya.
Di bawah fasa PKPP, sektor perniagaan dan pendidikan dibenarkan untuk dibuka semula secara berperingkat tetapi prosedur operasi standard (SOP) dikuatkuasakan dengan ketat oleh kerajaan. #sumber
Demikianlah Artikel Keputusan PKPP Di Sambung Atau Pun Tidak, Tunggu Pengumuman PM Minggu Ini
Anda sekarang membaca artikel Keputusan PKPP Di Sambung Atau Pun Tidak, Tunggu Pengumuman PM Minggu Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/keputusan-pkpp-di-sambung-atau-pun.html
0 Response to "Keputusan PKPP Di Sambung Atau Pun Tidak, Tunggu Pengumuman PM Minggu Ini"
Catat Ulasan