Loading...

Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan !

Loading...
Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan !
link : Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan !

Baca juga


Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan !

 

KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil seorang lelaki bagi memberikan keterangan hari ini, berkaitan pendedahan yang mendakwa dirinya dibayar oleh seorang ahli politik untuk melakukan perbuatan liwat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata sehubungan itu, satu kertas siasatan dibuka dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah untuk memastikan pendedahan  yang dibuat dalam bentuk akuan berkanun (SD) itu adalah tulen. 

Beliau berkata pesuruhjaya sumpah berkaitan SD itu turut diambil kenyataannya semalam untuk memastikan akuan tersebut adalah tulen dan individu itu akan dipanggil semula bagi memberikan kerjasama dalam masa terdekat.

Baru-baru ini tular di media sosial melibatkan SD bertarikh 29 Jun lalu yang mendedahkan seorang lelaki dibayar sebanyak RM300 oleh seorang ahli politik tempatan untuk melakukan hubungan songsang di sebuah hotel di Subang pada 2013.

Terdahulu berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, di sini yang menyaksikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Seri Abd Rahim Jaafar antara 10,068 penerima APC bagi tahun 2019.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai cadangan polis untuk diadakan semula inkues berkaitan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Abdul Hamid berkata perkara itu bergantung kepada keputusan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.

Menurutnya, cadangan itu susulan daripada desakan orang awam yang mendakwa mempunyai maklumat baharu yang boleh membantu siasatan.

"Siasatan telah dijalankan secara menyeluruh namun saya mohon sesiapa sahaja yang ada maklumat untuk tampil ke hadapan supaya kes ini dapat diselesaikan," katanya.

Muhammad Adib, 24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara selepas 21 hari menerima rawatan.

Pada 27 Sept tahun lepas, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib, adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui. #sumber



Demikianlah Artikel Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan !

Sekianlah artikel Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/kes-sd-liwat-polis-akan-memanggil.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kes SD Liwat: Polis Akan Memanggil Individu Terbabit Untuk Berikan Keterangan !"

Catat Ulasan

Loading...