Loading...

Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi

Loading...
Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi
link : Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi

Baca juga


Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi

PUTRAJAYA – Parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) secara rasminya menggunakan huruf Jawi ‘Pa’ sebagai logo partinya.

Menurut bakal Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, logo rasmi parti itu akan menggunakan lambang perisai.

“Nama parti guna lambang dengan huruf pha, bermaksud pejuang dengan tiga titik diatas melambangkan tiga rukun – Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

“Kita harap ini menjadi satu simbol perjuangan kita khususnya masyarakat Melayu dan amnya rakyat Malaysia,” katanya selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran parti itu di Pendaftaran Pertubuhan, hari ini.

Hadir sama adalah lima daripada ahli penaja parti itu iaitu Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya; Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad.

Dr. Mahathir bagaimanapun tidak hadir.

“Dia mahu datang tapi saya cakap janganlah.

“Bagi kami datang dan dia akan tekan butang semasa pendaftaran dalam talian,” jelas Mukhriz lagi.

Keenam-enam mereka hari ini menyerahkan borang permohonan kepada ROS untuk menubuhkan Pejuang secara rasmi.

Borang itu diterima Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim.

Pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu yang bernama Pejuang.

Parti itu, katanya tidak terikat atau menyokong mana-mana gabungan parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN). #sumber



Demikianlah Artikel Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi

Sekianlah artikel Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/parti-baharu-tun-dr-mahahir-gunakan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi ‘Pa’ Sebagai Logo Rasmi"

Catat Ulasan

Loading...