Loading...

Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) !

Loading...
Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) !
link : Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) !

Baca juga


Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) !

 


PETALING JAYA - Seorang pemimpin Barisan Nasional hari ini menepis tanggapan UMNO melanggar piagam Muafakat Nasional sekiranya tidak menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil, dalam kenyataan berkata tiada dalam piagam MN menuntut kesetiaan atau sokongan kepada seorang Perdana Menteri.

“Lebih-lebih lagi apabila Perdana Menteri  tersebut adalah dari PPBM yang bukanlah pihak yang termaktub dalam piagam MN tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, PAS mahu penjelasan “sejelas-jelasnya” daripada UMNO berhubung dakwaan berlakunya perubahan sokongan ahli Parlimen UMNO terhadap perdana menteri, mengatakan UMNO tidak patuhi persefahaman dan persetujuan yang termaktub dalam piagam MN jika benar keadaan itu.

“Sekiranya peralihan ini benar, ia boleh dianggap sebagai suatu gerakan yang bertujuan menjatuhkan kerajaan PN yang terbina atas permuafakatan BN, PPBM, PAS, GPS dan beberapa parti lain di atas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan,” kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan dalam kenyataan.

PAS mengingatkan piagam MN berteraskan matlamat menyatupadukan umat Islam dan mengalahkan PH yang diterajui PKR, DAP, dan Amanah, serta menyeru Umno kembali menghayati hasrat dan iltizam yang disepakati.

Isham bagaimanapun menepis pendapat mengatakan peralihan sokongan oleh Umno tidak mematuhi persefahaman dan persetujuan dalam piagam MN seabagai “kesalahan fakta”, kerana piagam MN ditandatangani pada 14 Sept 2019 ketika PPBM menerajui gabungan PH.

“Hakikatnya mengikut piagam ditandatangani, pihak yang ingin dikalahkan bukan sahaja PKR, Amanah, dan DAP seperti yang disebut, tetapi juga termasuk PPBM dan juga Perdana Menterinya,” katanya.

Islam turut membuat seruan balas, mengajak semua pihak terus istiqamah dan kembali ke landasan asal pembentukan MN.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pemimpin PAS boleh mendapatkan penjelasan daripada UMNO minggu depan “dalam mesyuarat induk MN secara tertutup”.

“Sama-sama perlukan penjelasan termasuk kemasukan PAS sebagai komponen parti dalam Perikatan Nasional,” katanya di Twitter, dan menambah fokus ketika ini adalah pilihan raya Sabah.

Perkembangan ini menyusuli kenyataan yang dikaitkan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, yang dilapor berkata partinya tidak dapat menghalang ahli Parlimen yang mahu menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia selepas Anwar mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baharu, majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam. #sumber



Demikianlah Artikel Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) !

Sekianlah artikel Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/perubahan-sokongan-kesetiaan-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Perubahan Sokongan, Kesetiaan Terhadap PM Tiada Dalam Piagam Muafakat Nasional (MN) !"

Catat Ulasan

Loading...