Loading...

Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah

Loading...
Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah
link : Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah

Baca juga


Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah

 


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok hari ini menarik balik permohonan menghina mahkamah terhadap pemimpin sebuah NGO Melayu Azwanddin Hamzah atas kegagalannya mematuhi penyelesaian luar mahkamah yang dipersetujui sebelum itu.

Ahli Parlimen Seputeh itu memfailkan saman terhadap Azwanddin berkenaan dakwaan beliau yang dibuat pada perhimpunan memperingati bekas anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bahawa Kok terlibat dalam pertikaian tanah berhubung kuil Seafield Sri Maha Mariamman.

Peguamnya SN Nair berkata beliau menarik balik permohonan menghina mahkamah prosiding dan waran tangkap selepas Azwanddin hadir di mahkamah hari ini.

“Beliau memberi jaminan akan menyelesaikan perkara tersebut,” kata Nair.

“Selain itu, kami memutuskan untuk meneruskan petisyen bankrap kami terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan beliau tiada masalah dengan itu,” kata Nair dengan menambah bahawa mahkamah Shah Alam itu akan mendengar petisyen Kok pada 16 Nov.

Beliau berkata, dalam prosiding bankrap, Azwanddin perlu memfailkan permohonan untuk membantah petisyen mereka.

“Kalau beliau gagal berbuat begitu, kami akan dapatkan perintah mahkamah dan meneruskan prosiding bankrap,” kata Nair.

Beliau berkata, Kok memutuskan untuk meneruskan prosiding bankrap atas dasar “kemanusiaan”.

“Pelanggan saya hanya mahukan jumlah dalam penghakiman persetujuan, bukan memasukkan seseorang ke dalam penjara kerana mereka tidak dapat membayar,” tambah beliau.

Kok dan Azwanddin mencapai persetujuan dalam kes saman itu Julai tahun lepas, dan Azwaddin sepatutnya membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan sebagai sebahagian daripada penghakiman persetujuan serta membuat kenyataan meminta maaf dalam 3 akhbar, iaitu The Star, Sin Chew Daily dan Sinar Harian.

Kok berkata beliau tidak pernah terlibat dalam rusuhan kuil yang berlaku pada November 2018 dan kenyataan Azwanddin “jelas berniat buruk dan jahat”. #sumber



Demikianlah Artikel Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah

Sekianlah artikel Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/09/teresa-kok-tarik-balik-saman-menghina.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Teresa Kok Tarik Balik Saman Menghina Mahkamah Terhadap Azwanddin Hamzah"

Catat Ulasan

Loading...