Loading...

Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM !

Loading...
Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM !
link : Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM !

Baca juga


Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM !

 

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), kata sumber dalaman parti itu hari ini.

"Ini termasuk dalam kalangan 26 Ahli Parlimen BN yang diberikan jawatan oleh Muhyiddin. Mereka juga tidak akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri.

"Jadi mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN hari ini tidak akan memihak kepada Muhyiddin apabila ramai Ahli Parlimen BN bertegas dengan pendirian tidak mahu menyokong Muhyiddin," kata sumber terbabit.

Hari ini berlangsung mesyuarat membabitkan Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di sini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri semalam.

Antara yang dilihat hadir termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Turut kelihatan, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan hadir lebih awal.

Untuk rekod, BN mempunyai seramai 39 Ahli Parlimen.

Dakwaan menjadi lebih kukuh apabila Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein turut membayangkan perkara sama ketika ditemui media sejurus tiba di Bangunan Dato Onn di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, mesyuarat BN hari ini akan memberi tumpuan kepada gesaan agar Muhyiddin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berikutan kegagalannya untuk mengisytiharkan darurat.

"Itulah yang sedang kita bincangkan, namun saya ingin mendengar kedudukan BN terlebih dahulu," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM !

Sekianlah artikel Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/ahli-parlimen-bn-di-jangka-tolak-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen BN Di Jangka Tolak Dan Tidak Menyokong Muhyiddin Kekal Sebagai PM !"

Catat Ulasan

Loading...