Loading...

Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng !

Loading...
Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng !
link : Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng !

Baca juga


Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng !

 


KUALA LUMPUR - Polis menyiasat pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng selepas didapati memuat naik hantaran serta gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes terbabit.

"Kertas siasatan terhadap pemilik akaun itu telah dibuka kerana memuat naik hantaran menghina Agong.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular satu 'posting' di laman sosial Facebook yang dimuat naik Ho Ruey Terng berhubung satu kenyataan yang berbaur hasutan dan menghina Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hingga menimbulkan pelbagai reaksi negatif dalam kalangan netizen.

Dalam hantaran itu, pemilik akaun terbabit mengeluarkan kata-kata kesat apabila dikaitkan dengan alasan gagal mencari penyelesaian pandemik koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, hasil carian mendapati individu berkenaan telah nyahaktifkan akaun Facebooknya. #sumber



Demikianlah Artikel Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng !

Sekianlah artikel Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/muat-naik-hantaran-hina-agong-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Muat Naik Hantaran Hina Agong: Polis Siasat Pemilik Facebook Guna Nama Ho Ruey Terng !"

Catat Ulasan

Loading...