Loading...

Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' !

Loading...
Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' !
link : Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' !

Baca juga


Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' !

 


KUALA LUMPUR - Langkah Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) yang mengharamkan import produk sawit daripada FGV Holdings Bhd (FGV) dilihat sebagai satu cabaran untuk memastikan pengurusan ladang oleh FELDA selaras dengan kehendak dan amalan yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, Pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh menjelaskan kanak-kanak yang bekerja untuk membantu ibu bapa di ladang adalah sebagai budaya kerja tempatan dan bukannya sebagai buruh paksa.

“Dengan pengharaman itu kita belajar untuk memastikan pengurusan ladang kita adalah selaras dengan kehendak dunia. Sebelum ini saya ada memaklumkan kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom bahawa kita sedang ke arah untuk memastikan pengurusan ladang yang lebih baik.

“Saya maklumkan juga kepada mereka bahawa isu kanak-kanak yang bekerja di ladang itu adalah budaya di negara ini di mana kita mengamalkan sikap menolong ibu bapa bekerja.

“Saya juga maklumkan kepada mereka bahawa, mereka tidak boleh menggunakan isu itu sebagai senjata untuk menyerang kita. Pada masa sama, saya juga tegaskan, apa yang boleh kita patuhi, kita tetap lakukan,” katanya ketika ditemui menerusi program Agenda AWANI pada Khamis malam.

Dalam perkembangan berasingan, Idris menjelaskan Felda komited menyasarkan 1,000 projek Program Pembangunan Peneroka (PPP) dilaksanakan di seluruh negara menjelang tahun 2021.

Jelasnya, pelaksanaan projek PPP ini antara lain dengan disokong penggunaan teknologi. #sumber



Demikianlah Artikel Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' !

Sekianlah artikel Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/idris-jusoh-kanak-kanak-yang-bekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Idris Jusoh: Kanak-kanak Yang Bekerja Bantu Ibu Bapa Di Ladang Bukannya 'Buruh Paksa' !"

Catat Ulasan

Loading...