Loading...

Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur !

Loading...
Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur !
link : Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur !

Baca juga


Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur !

KUANTAN -  Aktivis Masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli, hari ini menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk campur dalam isu kekeruhan melampau anak Sungai Jempul di Taman Eko Rimba Lubuk Yu di Maran baru-baru ini.

Ia susulan ada dua laporan yang berbeza antara kenyataan yang dibuat oleh aktivis Khaidir Ahmad (Wartawan Tua) dengan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS)  Pahang terhadap isu ini.

Pendedahan terbaru yang dibuat oleh aktivis Khaidir Ahmad (Wartawan Tua)  di facebook beliau tentang isu ini sungguh mengejutkan. Baca pendedahan beliau di "Cerita Dari Hulu Lubuk Yu"

Apatah lagi, sebelum ini Pengarah Jabatan JAS Pahang, Mohd Sani Mat Daud mendakwa susulan lawatan bersepadu pihaknya bersama Jabatan Perhutanan Pahang dan Pejabat Tanah Maran  ke lokasi mendapati tiada kerja pembalakan atau kerja perlombongan dilakukan di sekitar kawasan itu.

Klik sini untul baca artikel BERNAMA

Persoalan ini juga turut mendapat perhatian daripada ADUN kuala Sentul yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin. Dalam tulisannya dalam posting yang dibuat oleh Khadiri terjadap isu ini wakil rakyat terbabit mendakwa beliau sendiri akan masuk ke lokasi untuk menyiasat.

"Khaidir Ahmad minggu depan saya sendiri nak pergi. tapi yang pasti, tiada pembalakan dan perlombongan seperti didakwakan? so air keruh minggu lepas bukan berpunca dari pembalakan dan perlombongan bukan?," kata wakil rakyat terbabit

Sementara itu Shukri mendakwa Khaidir Ahmad turut mendedahkan dalam laporannya bahawa seorang penduduk Kampung Orang Asli di Berkelah memberitahu beliau isu kekeruhan melampau anak Sungai Jempul itu bukanlah cerita baharu sebenarnya.

Menurut aduan yang dibuat lepada Khaidir, isu itu mula terjadi sejak bulan Ogos 2019 lagi apabila kegiatan pembalakan yang dipercayai haram (tanpa lesen) berlaku di hulu Sungai Jempul dalam kawasan Hutan Simpan Berkelah,

Dakwaan berlaku pembalakan haram itu diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Pejabat Hutan Temerloh / Bera beberapa hari lalu Yang mengakui bahawa tidak ada lesen pembalakan dikeluarkan di kawasan berkenaan pada tahun 2019 dan 2020.

Khabarnya ada seorang renjer hutan telah ditukar serta-merta susulan pembalakan haram pada bulan Ogos 2019 itu.

Selepas senyap seketika, katanya, ada percubaan meneruskan semula kerja pembalakan haram itu menggunakan laluan yang dikawal oleh sekumpulan penduduk kampung Orang Asli.

Bagaimanapun, apabila air sungai di Lubuk Yu bertukar keruh melampau baru-baru ini, kegiatan itu dihentikan dan kayu balak yang sudah ditebang dan dipotong itu dikatakan telah “dikebumikan” bagi menutup bukti.

Dakwaan Khaidir lagi, Pengarah JAS Pahang mengeluarkan kenyataan pihaknya sudah meyelusuri Sungai Jempul sejauh 13 kilometer dari Lubuk Yu ke hulu Sungai Jempul secara manual pada petang yang sama kekeruhan melampau di Lubuk Yu dilaporkan pada Isnin lalu (minggu lepas).

Di sini timbul pertanyaan oleh Orang Asli yang melaporkan kepada beliau:

“Jauh 13 kilometer tu Encik... banyak batang rokok tu... kami Orang Asli pun kalau nak berjalan kaki dalam hutan ikut tepi Sg Jempul sejauh itu pun kena ambik masa lebih sehari tapi orang JPS boleh jalan 13 kilometer tu satu petang aje... kuat betul orang JAS tu Encik... mereka makan apa boleh jadi kuat macam tu Encik?” katanya.

Menurut Khaidir lagi, beliau terus terdiam dengan pertanyaan itu kerana sudah banyak hutan dan sungai yang diselusuri oleh beliau sejak zaman remaja lagi tapi tidaklah sekuat orang JAS itu!

Timbul persoalan di sini, jika benar air keruh berpunca daripada aktiviti pembalakan haram, kenapa Pengarah JAS Pahang keluarkan kenyataan yang bercanggah?. 

Sementara itu Shukri mendakwa beliau gusar ada cubaan untuk menyembunyikan fakta. Justeru beliau berharap pihak SPRM Pahang dapat melakukan siasatan terhadap perkara ini.

"Selama ini, aktiviti pencerobohan haram untuk perlombongan dan pembalakan memang banyak berlaku di Pahang. Tambah sulit apabila, orang awam tidak dibenarkan masuk ke kawasan hutan simpan sebaliknya penceroboh siap dengan jentera dibiarkan. Orang awam didakwa kerana menceroboh, tapi penceroboh bebas memgambil hasil hutan," dakwa Shukri.

"Saya tidak nampak ada ketelusan apabila hanya jabatan berkaitan yang masuk untuk menyiasat isu pencerobohan hutan di Pahang termasuk kawasan hulu sungai Jempul ini hingga menyebabkan air keruh di kawasan perkelahan Taman Eko Rimba Lubuk Yu seperti yang hamgat diperkatakan baru-baru ini,' tambah Shukri.

"Jika telus, sila bawa bersama aktivis bebas macam kami untuk sertainya. Jika sekadar wakil pegawai berkaitan yang masuk ke lokasi untuk siasatan, sudah pasti ada benda yang akan cuba disembunyikan bagi menutup pencerobohan yang berlaku," 

"Saya berharap pihak SPRM segera masuk campur terhadap isu ini.  Dah lama dah. Jika tidak isu pencerobohan hutan di Pahang pasti tidak akan selesai kerana ada saja dalang yang bersekongkol dan cuba untuk sembunyikan fakta sebenarnya. Sebab itu ada dua fakta yang berbeza," tambah Shukri lagi. #pahangdaily



Demikianlah Artikel Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur !

Sekianlah artikel Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/isu-air-keruh-di-lubuk-yu-dua-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu "Air Keruh" Di Lubuk Yu: Dua Laporan Yang "Berbeza", Aktivis Gesa SPRM Masuk Campur !"

Catat Ulasan

Loading...