Loading...

UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP !

Loading...
UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP !
link : UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP !

Baca juga


UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP !

 


KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan terdahulu untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin  selain tidak menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu juga terus menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik.

“Mesyuarat juga memutuskan agar kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik COVID19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dalam mesyuarat hampir empat jam itu juga, Ahmad Zahid berkata Majlis Kerja Tertinggi Umno juga menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, usaha tersebut dapat dilakukan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.

Selain itu, beliau berkata UMNO turut mendokong sepenuhnya titah dan saranan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.

Seri Paduka bertitah perkara itu diputuskan setelah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini. #sumber



Demikianlah Artikel UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP !

Sekianlah artikel UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/umno-putuskan-kekal-sokong-kerajaan-pn.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "UMNO Putuskan "Kekal Sokong" Kerajaan PN, Tidak Jalin Kerjasama Dengan PKR Dan DAP !"

Catat Ulasan

Loading...