Loading...

Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu

Loading...
Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu
link : Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu

Baca juga


Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu

 


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, mendedahkan UMNO ditawarkan jawatan Ketua Menteri Sabah lebih awal oleh Bersatu namun parti itu melakukan beberapa kesilapan.

Menjelaskan keadaan berkenaan petang ini Annuar berkata kesilapan UMNO ialah mereka tidak menerima pelawaan tersebut yang dibuat Bersatu sebelum hari penamaan calon.

“Silap UMNO ialah tidak menyahut tawaran itu dan kita ada pendekatan kita sendiri," katanya.

Lebih memburukkan keadaan kata Annuar ada beberapa pendekatan dan strategi yang diambil sama ada UMNO atau parti rakan mereka sama ada merugikan atau tidak mencapai sasaran.

Kata Annuar ia kemudan menimbulkan kerumitan apabila kerusi yang dimenangi BN jauh lebih sedikit berbanding apa yang dijangka.

"BN Sabah terlalu yakin memenangi 26 hingga 27 kerusi. Laporan pengundi putih pada awalnya begitu meyakinkan. 27 daripada 41 (kerusi jika dimenangi) melepasi sasaran stok putih," katanya.

Malangnya kata Menteri Wilayah Persekutuan itu lagi, pada hari pengundian tidak sampai separuh daripada pengundi BN yang dikenal pasti keluar.

Malah katanya peratusan yang keluar itu adalah paling rendah berbanding mana-mana pilihan raya kecil sebelum ini.

"Menjelang jam 3 petang pada mengundi hanya 7 daripada 41 (kawasan) melepasi garis kritikal.

"Ertinya jentera (BN) masih lemah atau data tidak tepat dan salah cula," katanya.

Konfrontasi dalaman merugikan

Pengagihan jawatan dalam kabinet negeri itu juga menyaksikan Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, diberikan portfolio berbeza daripada rancangan asal Ketua Menteri Hajiji Mohd Nor.

Ekoran itu beberapa pemimpin Umno dan Bersatu mengeluarkan pandangan yang menggambarkan hubungan mereka tidaklah erat walaupun bekerjasama menghadapi Warisan di Sabah.

Antara pemimpin yang mengisyaratkan hal itu ialah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.

Annuar berkata komen yang dilontarkan sesetengahnya dibuat berdasarkan fakta tidak tepat dan lebih kepada khabar angin.

Mengenai pertembungan di antara calon dari parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Annuar berkata pada pendapatnya ia bukan berpunca daripada Bersatu.

Malah, katanya, UMNO dan Bersatu tidak pun bertembung di mana-mana kerusi.

"Ia bermula apabila PBS (Parti Bersatu Sabah) mahu banyak kerusi dengan lambang sendiri. Setelah masing-masing tak beralah, berlakulah 'free for all' dikebanyakan kerusi BBI (bumiputera bukan Islam)," katanya.

Annuar juga menyentuh pendekatan konfrontasi yang diambil dalam kalangan ahli UMNO Sabah sehingga merugikan mereka sendiri.

Jika pendekatan penyatuan diambil, katanya, mungkin lebih banyak kerusi boleh dimenangi UMNO.

"Begitu juga percubaan mendapatkan banyak kerusi untuk bertanding tak semestinya untung.

"Yang lebih penting ialah kerusi yang dimenangi, bukan yang ditandingi.

"BN bertanding 41, menang cuma 14. PN bertanding 27 tapi menang 17," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu

Sekianlah artikel Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/kesilapan-umno-ialah-tolak-tawaran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

1 Response to "Kesilapan UMNO Ialah Tolak Tawaran Jawatan Ketua Menteri Sabah Lebih Awal Oleh Bersatu"

  1. Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
    kesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
    Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Loading...