Judul : Nazri Aziz Gesa Pimpinan UMNO Dengar Suara Akar Umbi, Tamatkan Hubungan Dengan PPBM
link : Nazri Aziz Gesa Pimpinan UMNO Dengar Suara Akar Umbi, Tamatkan Hubungan Dengan PPBM
Nazri Aziz Gesa Pimpinan UMNO Dengar Suara Akar Umbi, Tamatkan Hubungan Dengan PPBM
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz, menyeru hubungan antara parti Melayu itu dengan PPBM ditamatkan, mendakwa demikianlah kemahuan akar umbi UMNO.
“Akar umbi sangat merasakan Umno hanya perlu bekerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional, tanpa PPBM,” kata Nazri.
Perkembangan ini menyusuli gesaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Presiden Datuk Seri Zahid Hamidi, meminta beliau memberikan pedoman kepada parti selepas pilihan raya Sabah, yang menyaksikan UMNO daripada berkuasa kepada pemain terpencil dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Zahid berkata majlis tertinggi UMNO akan membincangkan perkara itu.
Menyahut seruan Mohamad dan jawapan Zahid, Nazri mengingatkan PPBM tiada sokongan akar umbi di Semenanjung seperti di Sabah.
“UMNO dan PAS ada sokongan akar umbi, dan ini terbukti pada kemenangan besar dalam enam pilihan raya kecil sejak PRU-14, dua kali menewaskan PPBM,” katanya.
“Jadi kita mesti dengar suara akar umbi.” tambah beliau lagi.
Komen Nazri senada pendapat Mohamad pada Ogos, ketika beliau beritahu maklum balas daripada akar umbi menunjukkan mereka tidak selesa dengan hasrat PPBM sertai Muafakat Nasional (MN).
“Ramai ahli UMNO masih ingat dengan penghinaan dan kata-kata kesat yang dilemparkan kepada kami (oleh pemimpin PPBM sebelum PRU14) dan masih terasa sakit sehingga kini,” kata Mohamad, merujuk kenyataan pemimpin PPBM sebelum PRU-14.
Muafakat Nasional adalah pakatan antara UMNO dan PAS. Bersama PPBM, pakatan tersebut membentuk gabungan Perikatan Nasional, di mana, dengan sokongan gabungan kerajaan GPS Sarawak, kini mentadbir kerajaan persekutuan. #sumber
Demikianlah Artikel Nazri Aziz Gesa Pimpinan UMNO Dengar Suara Akar Umbi, Tamatkan Hubungan Dengan PPBM
Anda sekarang membaca artikel Nazri Aziz Gesa Pimpinan UMNO Dengar Suara Akar Umbi, Tamatkan Hubungan Dengan PPBM dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/nazri-aziz-gesa-pimpinan-umno-dengar.html
Permisi...numpang lewat,buat kamu yang lagi bosan dan ingin mengisi waktu luang dengan menambah penghasilan yuk gabung di di situs kami www.fanspoker.com
BalasPadamkesempatan menang lebih besar yakin ngak nyesel deh ^^,di tunggu ya.
Kini Hadir Deposit via Pulsa Telkomsel / XL ( Online 24 Jam )
|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||