Loading...

Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan !

Loading...
Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan !
link : Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan !

Baca juga


Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan !

 


KUANTAN - Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 membuka ruang kepada anak muda Mohd Faizad atau lebih dikenali sebagai Ali, 27, bersama empat rakannya untuk mencari rezeki.

Faizad yang merupakan anak jati Kuantan pada awalnya telah memberanikan diri untuk membuka sebuah premis kedai gunting rambut di Taman Tas Ria dekat sini.

Namun, akibat PKP kedai yang baru beberapa hari dibuka itu terpaksa ditutup selama lebih tiga bulan. Akibatnya beliau dan rakan-rakan kehilangan punca rezeki.

"Selepas PKP berakhir sekitar bulan Jun, barulah kami boleh bernafas untuk mengorak langkah kembali," kata Ali.

"Berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang ada, kami harungi kepayahan untuk membina empayar perniagaan ini. Akhirnya kedai kami mula dikunjungi oleh orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut," katanya.

Kedai gunting yang diberi nama Qarkoon Brothers Barbershop itu kini mula menjadi tumpuan dari kalangan warga Kuantan, malahan ada juga yang datang dari luar sebenarnya.

"Pakej basic yang ditawarkan ialah kadar caj untuk gunting dewasa: biasa RM15 dan Style Cut RM20. Manakala bagi kanak-kanak RM10 biasa dan Style Cut RM15 sahaja," tambahnya lagi.

Bagi menarik perhatian pelanggan, Qarkoon Brothers Barbershop menawarkan promosi berterusan (sejak dibuka) iaitu setiap pelanggan yang gunting rambut sebanyak enam kali akan menerima faedah "gunting percuma" sekali.

Melihat kepada rekabentuk premis ini, ternyata ia amat bersih, selesa dan mendamaikan sekali terutamanya bagi sesiapa yang baru pertama kali berkunjung ke sini. Rekabentuk dalaman yang eksklusif pastinya akan menarik perhatian, kerana caj harga yang ditawarkan pula cukup berpatutan.

Ada lima stesyen (bangku gunting) yang disediakan untuk kemudahan pelanggan.

"Semua rekaan Qarqoon Brothers Barbershop adalah hasil percambahan idea kami sendiri. Saya dan rakan-rakan mengutamakan keselesaan pelanggan. Kami mahu pelanggan jatuh hati untuk datang lagi ke sini, setiap kali tetingat nak gunting rambut" tambah Ali.

Beliau yang pernah berhijrah ke Korea Selatan untuk mencari rezeki di sana selama enam bulan itu berkata, berdasarkan pengalaman bekerja di kedai gunting rambut sebelum ini (ZNZ Taman Tas)  dia amat yakin kualiti dan kepuasan pelanggan amatlah dititikberatkan.

"Kami tawarkan pulangan wang semula (money back guarantee) jika ada pelanggan yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan. Kami pulangkan semula duit mereka tanpa sebarang syarat. Cara ini tidak ada di lain-lain kedai. Inilah kehebatan Qarkoon Brothers Barbershop"

"Malah kami juga menitikberatkan soal agama dikalangan tukang gunting. Setiap kali masuk waktu solat, operasi perniagaan akan ditutup untuk memberi laluan kakitangan kami menunaikan kewajipan kepada Allah SWT. Hanya tukang gunting yang menjaga solat lima waktu sahaja dibenarkan bekerja di sini," tambah beliau lagi.

Qarkoon Brothers Barbershop dibuka dari jam 10.00 pagi hingga jam 10.00 malam setiap hari. Justeru, orang ramai dipelawa ke sini untuk mendapatkan perkhidnatan gunting rambut terbaik dari anak-anak muda ini. 

Sokong dan bantulah naikkan mereka agar perniagaan ini mendapat sambutan lebih menggalakkan dari kalangan orang ramai yang belum mengetahuinya.

Paling menarik premis ini juga menawarkan perkhidmatan mencuci rambut dan facial muka. Banyak lagi perkhidnatan lain yang turut ditawarkan untuk kepuasan pelanggan.

Justeru, kepada mereka yang mahu membuat tempahan untuk berkunjung ke premis ini, boleh hubungi Ali ditalian 0189079794. Tengok video klik https://youtu.be/9s4Qt-EkkSI

Jangan lupa juga untuk like, follow dan share page rasmi mereka di www.facebook.com/qarkoonbrothersbarbershop. Ayuh, sokong premis anak muda Islam (bumiputera) ini. Kempen #BMF (Buy Muslim First) perlu untuk menaikkan imej Qarkoon Brothers Barbershop agar lebih kenali oleg warga Kuantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya. #pahangdaily



Demikianlah Artikel Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan !

Sekianlah artikel Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/pasca-pkp-ali-tekad-membuka-kedai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pasca PKP, Ali Tekad Membuka Kedai Gunting Rambut "Eksklusif" Di Taman Tas Ria Kuantan !"

Catat Ulasan

Loading...