Loading...

Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor

Loading...
Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor
link : Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor

Baca juga


Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor

 


KUALA LUMPUR – Masalah gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang sejak semalam ternyata mencuri simpati Ebit Lew yang sememangnya terkenal dengan sifat dermawannya.

Pendakwah itu secara persendirian sanggup membeli dua lori besar yang dipenuhi dengan air untuk diagihkan ke beberapa kawasan di Selangor termasuklah Pinggiran Batu Caves.

Menerusi Facebook beliau berkata, proses agihan bantuan air dilakukannya bermula 10 malam tadi sehingga awal pagi tadi.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli dua lori besar air untuk diagihkan. Dari 10 malam kami keluar rumah uruskan sampai Subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di kawasan Pinggiran Batu Caves.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana. Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pak cik mak cik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan,” tulisnya.

Semalam, LRA SSP 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2 pagi.

Henti tugas LRA itu mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

Apa yang menyentuh hati Ebit adalah apabila melihat kanak-kanak masih kecil sanggup datang untuk menadah air daripada lori yang disediakannya.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan,” tambahnya.

Semalam Air Selangor memaklumkan proses pembersihan dan rawatan air telah bermula semula untuk dibekalkan kepada pengguna.

Terdapat beberapa kawasan yang sudah mula menerima bekalan air semula namun ada juga sebaliknya. #sumber



Demikianlah Artikel Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor

Sekianlah artikel Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/ustaz-ebit-lew-beli-lori-untuk-agih-air.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ustaz Ebit Lew Beli Lori Untuk Agih Air Kepada Penduduk YangTerjejas Di Negeri Selangor"

Catat Ulasan

Loading...