Loading...

Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

Loading...
Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan
link : Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

Baca juga


Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

 


BENTONG  -- Kerajaan Negeri Pahang memohon pihak berkaitan untuk meneliti semula arahan penutupan Taman Negara Kuala Tahan kira-kira 180 kilometer dari sini, memandangkan negeri ini tidak terlibat dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata arahan itu dilihat menjejaskan sektor pelancongan yang baru hendak dirancakkan semula selepas berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai 18 Mac lepas.

"Pengusaha resort dan pemandu pelancong baru hendak menarik nafas lega (selepas PKP) namun arahan penutupan Taman Negara menyebabkan ramai pelancong terpaksa membatalkan tempahan yang difahamkan mengakibatkan kerugian kepada mereka.

"Bagi saya keputusan ini harus diteliti semula kerana pelancong dari luar kawasan PKPB seperti Johor, Kelantan dan Perak masih boleh berkunjung ke negeri ini tanpa melalui kawasan PKPB," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Sharkar ditemui selepas melancarkan Persatuan Sahabat Alam Tampik Janda Baik (SATJB) di Janda Baik di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang Datuk Idros Yahya dan Pengerusi SATJB Rohaimi Anuar.

Mohd Sharkar menambah beliau telah menerima memorandum daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Kesejahteraan Kampung Kuala Tahan bagi memohon arahan penutupan itu ditarik balik atas alasan pendapatan terjejas.

Beliau diminta mengulas mengenai arahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada 6 Okt lepas berhubung penutupan Taman Negara itu sebagai langkah berjaga-jaga ekoran peningkatan kes COVID-19.

Tiga kawasan pula dikenakan PKPB iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 hingga 27 Okt ini.

Mengulas mengenai pelancaran SATJB, beliau berkata ia merupakan pelancongan berasaskan komuniti pertama di Semenanjung Malaysia, yang memberi peluang kepada penduduk Janda Baik untuk menguruskan Air Terjun Ulu Tampik yang berpotensi diketengahkan sebagai lokasi pelancongan.

"Ia merupakan projek rintis dan saya berharap penduduk di sini dapat membangunkan sistem tempahan sendiri bagi memudahkan pengunjung membuat tempahan selain memudahkan jumlah kehadiran pelancong diketahui," katanya.

Pada majlis itu, Mohd Sharkar juga menyampaikan Sijil Jurupandu Berkemahiran kepada lapan jurupandu yang menghadiri kursus Pemandu Alam Semulajadi Tahap II (Green Badge) serta pelancaran 'Tampik Junior Ranger' terdiri daripada kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan

Sekianlah artikel Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/10/kerajaan-negeri-pahang-mohon-teliti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Negeri Pahang Mohon Teliti Semula Arahan Tutup Taman Negara Kuala Tahan"

Catat Ulasan

Loading...