Loading...

Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan

Loading...
Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan
link : Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan

Baca juga


Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan

 


KUALA LUMPUR  -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berharap tidak akan berlaku perubahan besar pada Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) yang diluluskan di peringkat dasar semalam.

Presiden Angkasa Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata sebarang perubahan di peringkat jawatankuasa akan membantutkan perancangan pemulihan ekonomi dan pemberian bantuan kepada rakyat, khususnya kepada ahli koperasi yang berjumlah lebih 6 juta orang.

“Kita mengalu-alukan keputusan Parlimen semalam kerana sudah diluluskan pada peringkat dasar. Daripada segi gerakan koperasi, kita masih menaruh keyakinan agar kerajaan dapat menambah jumlah bajet untuk diberikan kepada gerakan koperasi menerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Sekarang ini, kita dapati bajet untuk pembangunan perniagaan koperasi hanya RM6.5 juta serta bajet untuk pembiayaan tabung modal pusingan koperasi RM30 juta, ini menjadikan jumlah keseluruhan bajet sebanyak RM36.5 juta untuk gerakan koperasi. Pada kita peruntukan kepada gerakan koperasi ini masih kecil kalau dibandingkan dengan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” katanya pada sidang media program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coopcare Angkasa di Dewan Persatuan Penduduk Bandar Baru Sentul, di sini, hari ini.

Menurut beliau, sekiranya tiada peruntukan tambahan bajet dilakukan, kerajaan disaran mengambil sedikit jumlah dari bajet PKS untuk diberikan kepada koperasi.

Beliau berkata jumlah yang terlibat dalam PKS hanya kira-kira 1 juta individu berbanding koperasi yang mempunyai seramai 6.1 juta ahli dan polisi dalam Belanjawan 2021 tidak menyebut mengenai manfaat yang dapat diperoleh koperasi yang berdaftar dengan SKM.

“Kita berharap kerajaan dapat pertimbangkan semula untuk menambah klausa dalam bajet PKS supaya koperasi sama-sama boleh mohon dan memperoleh manfaat tersebut,” katanya menambah ini berikutan koperasi tidak ditarifkan di bawah PKS yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sementara itu, Angkasa hari ini menyantuni 50 golongan B40 di sekitar Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur dengan mengagihkan sumbangan barangan keperluan harian kepada golongan yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.

Beliau berkata menerusi pelaksanaan program CSR Coop Care, jumlah keseluruhan sumbangan hari ini bernilai RM3,500 adalah menerusi Projek BA100 dan sehingga kini, lebih 37,000 orang mendapat manfaat CSR berkenaan.

“Kita mahu masyarakat sedar bahawa Angkasa bukan sekadar terlibat dalam kegiatan ekonomi tetapi dalam masa sama prihatin kepada masyarakat," katanya menambah Angkasa sebagai badan apeks gerakan koperasi negara, dinaungi kira-kira 14,000 buah koperasi seluruh negara. #sumber



Demikianlah Artikel Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan

Sekianlah artikel Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/belanjawan-2021-angkasa-harap-tidak-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Belanjawan 2021: ANGKASA Harap Tidak Ada Perubahan Dan Kerajaan Tambah Peruntukan"

Catat Ulasan

Loading...