Loading...

Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok

Loading...
Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok
link : Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok

Baca juga


Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok

 


PUTRAJAYA -- Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Industri Utama  Teresa Kok terhadapnya berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Panel tiga hakim iaitu Datuk Suraya Othman, Datuk Has Zanah Mehat dan S. Nantha Balan turut memerintahkan Jamal membayar kos RM7,000 kepada Kok.

Prosiding kes rayuan itu dilaksanakan menerusi aplikasi Zoom. Peguam  V. Mugunthan dan Mohammad Fauzi Abdul Samad mewakili Jamal, sementara  Datuk Sankara Nair, Tan Han Sam dan Elyse Ng Zi Qian bertindak bagi pihak Kok.

Sankara berkata susulan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, kes itu akan diteruskan melalui perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Jan depan untuk pengurusan kes bagi menentukan tarikh perbicaraan.

Mugunthan ketika dihubungi mengesahkan keputusan mahkamah.

Jamal memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Jan lalu yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman fitnah itu.

Beliau memfailkan permohonan itu pada 25 April 2019 atas alasan tiada kausa tuntutan yang munasabah dalam tuntutan saman Kok.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh, memfailkan saman itu pada 6 April 2017, mendakwa Jamal mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas dalam sidang media pada 8 Mac 2017.

Dalam pernyataan tuntutannya, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.

Kok mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.

Beliau menuntut ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang defendan atau mana-mana ejennya daripada menerbitkan semula kenyataan fitnah berkenaan. #sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok

Sekianlah artikel Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-jamal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Rayuan 'Tolak Permohonan' Jamal Yunos Batal Saman Fitnah Teresa Teresa Kok"

Catat Ulasan

Loading...