Judul : Ceroboh Tanah Haram: PEMBELA Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang
link : Ceroboh Tanah Haram: PEMBELA Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang
Ceroboh Tanah Haram: PEMBELA Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang
CYBERJAYA – Pertubuhan Pembela-pembela Islam Malaysia (PEMBELA) akan menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Pahang, Rabu ini sebagai bantahan terhadap pencerobohan tanah haram khususnya yang berlaku di negeri itu.
Pengerusinya, Aminuddin Yahaya berkata, tindakan tersebut merupakan langkah pertama yang diambil pihaknya bagi membantah perbuatan itu.
“Ini langkah pertama kami. Jika ini gagal, maka akan kita akan susuli dengan langkah kedua, ketiga dan seterusnya.
“Selagi terdaya saya dan rakan-rakan akan bongkar pengkhianatan mereka ini. Kita tunggu dan lihat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Aminuddin berkata, semua pihak seharusnya bangkit menentang segala pengkhianat yang membantu penceroboh haram itu.
Beliau berkata, adalah mustahil penceroboh tanah haram itu dapat menjalankan operasi tanpa mendapat perlindungan.
“Mustahil penceroboh-penceroboh ini dapat menjalankan aktiviti tanpa ada perlindungan dari pihak-pihak tertentu dan isu ini sudah menjadi ‘sejuk’ pada ketika ini, mungkin ada yang sudah pun lupa.
“Saya ingin memberi amaran kepada mereka-mereka yang menjadi pengkhianat bangsa dan tanah air ini, bahawa saya dan rakan-rakan tidak akan duduk diam dan berikrar akan pastikan mereka dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya. #sumber
Demikianlah Artikel Ceroboh Tanah Haram: PEMBELA Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang
Anda sekarang membaca artikel Ceroboh Tanah Haram: PEMBELA Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/ceroboh-tanah-haram-pembela-akan-serah.html
0 Response to "Ceroboh Tanah Haram: PEMBELA Akan Serah Memorandum Kepada Menteri Besar Pahang"
Catat Ulasan