Loading...

Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong !

Loading...
Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong !
link : Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong !

Baca juga


Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong !

 


KUANTAN - Pejabat Hutan Daerah (PHD) Rompin menahan empat lelaki dan merampas beberapa jentera berat dan kenderaan pacuan empat roda di kawasan Hutan Simpan Lesong, Rompin kelmarin.

Keempat-empat individu yang ditahan itu berusia antara 29 hingga 63 tahun ketika mereka berada di kawasan hutan simpan yang dipercayai telah diterokai seluas 18 hektar dengan penanaman durian musang king.

Pegawainya, Shairani Mamat berkata, melihat penggunaan pelbagai jentera seperti sebuah jentolak, dua traktor, dua jengkaut serta tiga kenderaan pacuan empat roda menunjukkan penerokaan tanah haram yang dilakukan itu adalah berskala besar.

Menurutnya, pihaknya yakin jentera - jentera berkenaan digunakan bertujuan untuk membersih dan meratakan kawasan selain aktiviti menanam pokok.

"Mereka yang ditahan akan didakwa mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 kerana kesalahan menceroboh dan berada dalam hutan simpan tanpa permit.

"Jentera yang disita pula akan ditempatkan di pusat simpanan barangan rampasan Pejabat Ladang Hutan Kemasul, Temerloh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shairani berkata, selain pokok durian musang king, sindiket terbabit dipercayai turut menanam pokok durian belanda, nangka, kelapa selain turut membina stor simpanan barangan serta pejabat di dalam kawasan berkenaan.

"Kami percaya pihak terbabit juga bakal membuka dengan lebih luas kawasan tanaman durian musang king di kawasan ini setelah mendapati terdapat jentolak yang sedang melakukan kerja membersihkan kawasan.

"Selain itu, kita juga menemui banyak benih durian yang belum ditanam dan masih disimpan di tapak semaian," katanya.

Dalam pada itu, Shairani berkata, pihaknya memandang serius kegiatan menceroboh hutan simpan untuk aktiviti pertanian dan kegiatan lain tanpa lesen atau kebenaran.

Katanya, tindakan tegas akan diambil apabila pihak terbabit dilihat masih lagi berdegil selepas lima kali sesi nasihat dan amaran diberikan agar mereka segera menghentikan kerja-kerja penerokaan seterusnya meninggalkan Hutan Simpan Lesong.

"Kita sudah beberapa kali beri amaran tetapi mereka tidak peduli, jadi kita terpaksa bertindak tegas dengan melakukan serbuan bagi memastikan pihak berkenaan dikenakan tindakan undang-undang," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong !

Sekianlah artikel Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/pejabat-hutan-rompin-menahan-empat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pejabat Hutan Rompin Menahan Empat Lelaki Tanam 'Musang King' Di Hutan Simpan Lesong !"

Catat Ulasan

Loading...