Loading...

Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU !

Loading...
Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU !
link : Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU !

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU !

 


PUTRAJAYA - Jumlah kes positif harian Covid-19 di Malaysia kembali kepada empat digit hari ini, iaitu pada 1,054 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan kes terkumpul positif Covid-19 di Malaysia berjumlah 34,393 kes dengan kes aktif sebanyak 10,135.

Dia berkata daripada kes baru itu juga, Sabah kekal merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 678 kes.

“Sabah mencatatkan jumlah sebanyak 678 kes atau 64.3 peratus daripada keseluruhan kes positif harian.

“Sebanyak 310 kes atau 29.4 peratus yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Daripada jumlah itu, Kluster Rumah Merah menyumbang sebanyak 229 kes atau 73.9 peratus.

“Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 150 kes atau 14.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Manakala, Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pula mencatatkan 81 atau 7.7 peratus kes positif pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, kelima-lima negeri itu telah menyumbang sebanyak 909 kes atau 86.2 peratus secara keseluruhan.

Jumlah kes baru adalah seperti berikut: Sabah (678 kes), Selangor (124 kes), Labuan (81 kes), Negeri Sembilan (71 kes), Pulau Pinang (35 kes), Sarawak (21 kes), Kedah (12 kes), Kuala Lumpur (10 kes), Putrajaya (3 kes), Perak (2 kes), Johor (1), Melaka (1) dan Terengganu (1).

“Ini adalah berikutan lebih banyak saringan yang dijalankan di negeri-negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya.

Dr Noor Hisham juga memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini iaitu; kluster Cergas dan Permatang manakala kluster Batu membabitkan Perak diisytiharkan tamat.

Sementara itu, daripada keseluruhan kes terbaru terdapat 14 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Ini melibatkan tiga warganegara dan 11 bukan warganegara yang tiba dari Korea Selatan (4 kes), Jepun (2), Filipina (2), Uzbekistan (1), China (1), Hong Kong (1), Nepal (1), United Kingdom (1), dan Maldives (1).

Dr Noor Hisham berkata terdapat sebanyak 875 kes pulih Covid-19 dan dengan perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 23,995 atau 69.8 peratus.

“Sehingga kini, terdapat 94 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19," katanya sambil menambah semua 12 mangsa adalah dari Sabah.

Daripada jumlah itu, lapan adalah warga negara dan empat lagi bukan warga negara. Sebahagian besar juga adalah mereka yang berusia lebih 50 tahun dan dengan latar belakang mempunyai sakit seperti kencing manis, darah tinggi dan asma.

Apabila Iqbal sudah 'jatuh hati' pada buku
Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid19 di Malaysia sekarang adalah sebanyak 263 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU !

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/covid-19-sebanyak-1054-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,054 Kes Positif Baharu Dengan 12 Kematian Dan 94 Berada Di ICU !"

Catat Ulasan

Loading...