Judul : Harga Saham FGV Tinggi Walau Pun Terlibat Dengan Isu Perjanjian Pajakan Tanah Felda !
link : Harga Saham FGV Tinggi Walau Pun Terlibat Dengan Isu Perjanjian Pajakan Tanah Felda !
Harga Saham FGV Tinggi Walau Pun Terlibat Dengan Isu Perjanjian Pajakan Tanah Felda !
KUALA LUMPUR – Harga FGV Holdings Bhds (FGV) lebih tinggi, meningkat satu sen kepada RM1.04, dalam sesi awal dagangan pagi ini, walaupun terlibat dalam isu Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).
Pada pukul 11.05 pagi, sejumlah 1.74 juta saham bertukar tangan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, FGV menggesa agar Felda untuk menghentikan sebarang siaran media berhubung isu itu dan berbincang dengan pihaknya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan bersama mengenai syarat yang dipersetujui menurut terma dan syarat LLA.
Syarikat perladangan itu berkata pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid telah menulis surat kepada pengerusi Felda, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan beliau bahawa notis untuk menamatkan LLA masih belum diterima sehingga kini.
Pengerusi Pasukan Petugas Khas Felda Tan Sri Abdul Wahid Omar mengumumkan perkara itu pada 30 Okt.
Pada 28 Okt, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan agar FELDA menamatkan LLAnya dengan FGV Holdings.
Namun, beliau tidak menyebut jumlah pampasan yang perlu dibayar Felda kepada FGV, yang mana ia menguasai 33.66 peratus kepentingan, hasil daripada penamatan LLA. #sumber
Demikianlah Artikel Harga Saham FGV Tinggi Walau Pun Terlibat Dengan Isu Perjanjian Pajakan Tanah Felda !
Anda sekarang membaca artikel Harga Saham FGV Tinggi Walau Pun Terlibat Dengan Isu Perjanjian Pajakan Tanah Felda ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/harga-saham-fgv-tinggi-walau-pun.html
0 Response to "Harga Saham FGV Tinggi Walau Pun Terlibat Dengan Isu Perjanjian Pajakan Tanah Felda !"
Catat Ulasan