Loading...

Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank !

Loading...
Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank !
link : Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank !

Baca juga


Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank !

 


KUALA LUMPUR – Luno, penyedia perkhidmatan pertukaran aset digital pertama yang diluluskan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melancarkan deposit segera dalam talian melalui Pertukaran Proses Kewangan (FPX) menerusi Ambank, rakan perbankan pilihan syarikat berkenaan.

Menerusi ciri pemindahan baharu ini, pengguna Luno mempunyai pilihan untuk mendeposit wang segera ke dalam akaun Luno mereka dan membeli mata wang kripto pilihan masing-masing.

Mula ditawarkan sejak 6 Oktober lalu, Luno telah memproses lebih daripada RM10 juta menerusi FPX.

Melalui deposit segera FPX, pengguna kini boleh membeli Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Ripple (XRP) dan Litecoin (LTC) di dalam Luno secara lancar.

Luno berkata, pengguna boleh mendeposit dan membeli aset digital tanpa sebarang kerumitan menerusi pemindahan bank dan lain-lain transaksi.

Aplikasi mudah alih Luno mempunyai pilihan pembelian segera yang membolehkan pelanggan membeli, menjual dan menyimpan mata wang kripto seperti BTC, ETH, XRP dan LTC dengan cara yang mudah.

Menerusi aplikasi sama, pedagang-pedagang yang lebih berpengalaman boleh menggunakan ciri buku tempahan pertukaran untuk berdagang mata wang kripto.

Selain daripada itu, kandungan pendidikan umum mengenai mata wang kripto juga boleh didapati melalui aplikasi mudah alih berkenaan dan portal pembelajaran dalam talian.

Pengurus Negara Luno Malaysia, Aaron Tang berkata, terdapat peningkatan minat di Malaysia untuk menerokai mata wang kripto sebagai salah satu bentuk pelaburan.

”Jika dulu ia hanya menarik minat golongan belia yang celik teknologi, kini semakin mendapat perhatian dalam kalangan mereka yang mencari pelaburan alternatif,” katanya.

Tambah beliau,kerjasama dengan AmBank adalah amat penting bagi Luno kerana menerusi FPX, pelanggan kami boleh membeli aset digital dengan cara yang lebih pantas dan mudah. #sumber



Demikianlah Artikel Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank !

Sekianlah artikel Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/pengguna-luno-boleh-deposit-segera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengguna Luno Boleh Deposit Segera Dengan Pertukaran Proses Kewangan (FPX) AmBank !"

Catat Ulasan

Loading...