Loading...

Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Loading...
Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !
link : Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Baca juga


Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

 


PUTRAJAYA -  Sebanyak 1,096 kes baru Covid-19 dan 3 kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 daripadanya ialah kes import dan baki 1,090 kes ialah penularan tempatan.

Katanya, Selangor melaporkan kes harian tertinggi dengan 603 kes (55%), diikuti Sabah sebanyak 311 kes (28.4%).

Beliau berkata, kes tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi kluster, terutamanya kluster berkaitan tempat kerja, iaitu kluster Teratai dengan pertambahan 502 kes (83.3%).

“Sabah pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi hari ini disebabkan peningkatan pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat, iaitu sebanyak 139 kes (44.7%),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hisham berkata, 72 kes (6.6%) yang dilaporkan hari ini berkaitan kluster di pusat tahanan sementara (PTS) dan penjara, iaitu kluster Tembok (42 kes), kluster Bakti (16 kes), kluster Rumah Merah (4 kes), kluster Penjara Sandakan (4 kes), kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), kluster Penjara Reman (2 kes), kluster Penjara Kepayan (1 kes) dan kluster Matambai (1 kes).

Negeri lain yang melaporkan kes positif hari ini ialah Perak (55 kes), Kuala Lumpur (30 kes), Negeri Sembilan (29 kes), Kedah (16 kes), Pulau Pinang (15 kes), Labuan (13 kes), Johor (9 kes), Kelantan (8 kes), Melaka (5 kes) serta Putrajaya dan Perlis (masing-masing 1 kes).

Seramai 1,104 pesakit pulih hari ini, menjadikan keseluruhan 41,597 atau 75.9% pesakit sudah sembuh daripada 54,775 kes positif Covid-19 yang dicatatkan di Malaysia setakat ini.

Seramai 12,843 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara, dengan 106 orang di unit rawatan rapi dan 46 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Tiga kematian yang dilaporkan hari ini berlaku di Sabah, menjadikan semuanya 335 kematian.

Kematian ke-333 membabitkan seorang lelaki berusia 68 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan strok, disusuli seorang lagi lelaki berusia 90 tahun dengan penyakit aritmia jantung, dislipidemia serta strok.

Kematian ke-335 membabitkan seorang wanita berusia 80 tahun yang pernah diserang strok. #sumber



Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !

Sekianlah artikel Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/11/covid-19-sebanyak-1096-kes-positif.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Covid-19: Sebanyak 1,096 Kes Positif Baharu Dengan Tiga Kematian Di Rekodkan Hari Ini !"

Catat Ulasan

Loading...